:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

KELEBIHAN SOLAWAT
Rabu, November 12, 2008

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."



Sahabat-sahabat sekalian. Jika kita melihat kepada senario masyarakat Islam di Malaysia sekarang, kebanyakkan orang kita meraikannya sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan Awal Hijrah, tetapi tidak sehebat Jom Heboh, Konsert Gang Starz, Anugerah Skrin dan Sambutan Tahun Baru. Kenapa tidak kita merayakan sambutan tadi dengan hebat dan gemilangnya melebihi perayaan-perayaan yang banyak mengundag kepada murka Allah taala.

Tengoklah akan kelebihan orang yang banyak bersolawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Yang peliknya, dalam sambutan Maulidur Rasul, bagus doh bersolawat, tapi dalam masa bersolawat tu, ada juga yang mencemarkan sambutan tersebut. Iaitulah dengan adanya percampuran lelaki dan perempuan dan bersalaman antara lelaki dan perempuan. Ditambah pula, lepas sambutan tersebut, masih ada lagi orang Islam yang masih dengan fahaman Sekular, Liberal dan Kebangsaan. Kan ni bermasalah namanya. Sama-samalah kita fikirkannya.

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Dengan kisah yang dikemukakan ini, saya harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
posted by Abu Mus'ab @ 11:28 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::