:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PENYAKIT TERKINI
Jumaat, Januari 01, 2010

Penyakit Terkini

Kesempatan ini, saya nak berkongsi satu ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian. Ilmu ini jarang didapati. Kebetulan saya sempat bersama dengan Ketua Ulama PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS Pusat beberapa hari yang lalu. Bersua muka, berbicara, bertukar minda, dan menyatukan fikrah dan amal.

Dinyatakan tentang Penyakit Terkini; penyakit yang didapati di dalam individu-individu Islam, bahkan kadang-kadang didapati dalam jiwa-jiwa mereka yang merasakan dia orang yang beriman, mereka yang sebelum ini pernah ditarbiyyah, dididik dan dibimbing oleh gerakan Islam. Ialah Iman kadang-kadang pasang, dan kadang-kadang surut.

Empat Penyakit itu ialah:

1- Tangkai Jering, iaitu Kedekut / Bakhil. Kedekut ilmunya, kedekut harta bendanya, kedekut masanya, kedekut tenaganya, kedekut mindanya. Inilah penyakit yang kadang-kadang wujud dalam diri orang yang mengatakan dia ialah orang yang beriman, orang yang sebelum ini pernah ditarbiyyah dan seumpamanya. Apabila Allah taala menyatakan dalam al-Quran :

وما أنفقتم من شئ فهو يخلفه

Yang bermaksud: "Apa-apa yang kamu infaqkan (belanjakan) daripada apa yang kamu miliki, maka Allah taala akan menggantikan semula."

Keadaan berlaku disebabkan kurangnya pengamalan terhadap ilmu-ilmu yang diperolehi, tidak ikhlas dalam beramal, tidak ikhlas dalam perjuangan, membiasakan diri dengan memakan, meminum dan menggunakan barangan yang SYUBHAH, tidak melazimkan diri menghadiri kuliah agama, tidak hadir ke program-program tarbiyyah, dan akhirnya tidak mahu bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

Dinyatakan bahawa:

مصلحة الجماعة مقدمة على مصلحة الفرد

Bermaksud: "Maslahah jemaah adalah diutamakan daripada maslahah peribadi".

Saya telah nyatakan dalam artikel sebelum ini bertajuk "Keadaan Paksaan Yang Dibenarkan II" tentang Hati-hati dengan Harta, Pangkat dan Keluarga. Tambahan itu, Allah taala berfiman di dalam Surah at-Taghaabun, ayat 14-16 yang bermaksud:

"14. Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

15. Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar.

16. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajarannya) serta Taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya".

Cukuplah saya menyatakan nas-nas di atas, mudah-mudahan kita semua boleh menilai diri kita sendiri dengan nilaian yang sewajarnya. Bermuhasabah, Menjadikannya sebagai Panduan dan Pengiktibaran. Kerana kita adalah Hamalatul Islam laisa Hamalatu Ghaira Islam.

bersambung ...
posted by Abu Mus'ab @ 8:52 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::