Musuh Islam
Lama tak menulis. Tak kesempatan masa. Banyak hal yang nak diselesaikan. Lepas ni, nampak gaya kene cari 'Assistent' untuk tolong update Blog Shamatun ini. Jangan salah anggap pulak pasal assistent tu, kan tak pasal-pasal Ummu Mus'ab melatah kan. Hehehe...
Baik, dengan kesempatan masa yang ada pada malam Jumaat ni, sejak akhir-akhir ni, serangan, tujahan, lontaran, panahan, serapan dakyah-dakyah yang keji telah dimainkan dengan bermaksud untuk melemahkan kepimpinan Islam di kalangan Ulama' yang ada sekarang. Khusus dalam Parti Islam Semalaysia (PAS). Budaya menghina ulama PAS sekarang dah semakin membuak-buak di kalangan mereka yang jahil, bodoh, bebal dan bengong. Khusus puak UMNO yang bercakap tanpa sekatan.
Saya nak mengajak sahabat-sahabat sekalian, serta khususnya buat penyokong dan pendokong UMNO yang jahil atau sengaja buat-buat jahil dalam hal agama, merenung sejenak dengan Firman Allah taala dalam Surah al-Ahzab, ayat 58 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menyakiti lelaki-lelaki beriman dan perempuan-perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka memikul kesalahan menuduh dan membuat dosa yang amat nyata."
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: “Diriwayatkan dari Nabi saw: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman: ’Sesiapa yang mengganggu wali-Ku, maka Aku telah menyatakan perang kepadanya.” (Riwayat Bukhari)
Imam Al-Hafiz Abu Qasim Ibnu Asakir rahimahullah berkata: “Ketahuilah wahai saudaraku - mudah-mudahan Allah swt memberikan keredhaan-Nya kepada kita dan menjadikan kita termasuk di kalangan orang yang takut dan bertaqwa kepada-Nya dengan taqwa yang sebenarnya. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun. Kebiasaan yang Allah swt lakukan terhadap sesiapa yang memperkecil-kecilkan para ulama' adalah satu perkara yang dimaklumi, iaitu dengan mencarik-carikkan tempat pergantungan mereka. Sesiapa yang melepaskan lidahnya untuk mencela para ulama, maka Allah akan mematikan hatinya sebelum kematian (jasad) nya.
Oleh itu, orang-orang yang menyalahi perintah-perintah Allah hendaklah merasa gerun terhadap fitnah dan azab pedih yang akan menimpa mereka.
Saya nak memberi nasihat kepada penyokong, pendokong UMNO, dan juga orang yang jahil dalam urusan agama terutama kepada saya sendiri, Jadikanlah peringatan di atas sebagai panduan. Jangan disebabkan kerana mengejar kemewahan, keselesaan dan kekayaan dunia, sanggup anda ketepikan, menghina, mencerca Ulama'. Terutama Tuan Guru Dato' Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi. Ingat pesanan ini.
Apa guna hidup atas muka bumi ini jika tiada keberkatan dan kerahmatan. Kehidupan macam ini samalah kehidupan binatang ternakan yang melata di atas muka bumi ini. Tiada aqal, dan tiada pegangan agama. Sanggup mengikut telunjuk tali barut Yahudi laknatullah dengan menjadikan 'Persepsi' sebagai kata utama yang mesti dipercayai. Pandangan tidak semestinya betul ! Tetapi al-Quran dan al-Hadis sememangnya Benar dan Betul...
Masih ada masa untuk sama-sama beristighfar dan bertaubat. Mana kita hendak, samada hidup dengan keberkatan atau tanpa keberkatan? Fikir-fikirkanlah...