:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

'AUJ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD
Selasa, Jun 30, 2009

'Auj Dibinasakan Hud-hud


'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya.

Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di Kebun Teh, maka 'Auj berhasrat untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.

Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

Berdasarkan kepada kisah di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah taala Maha Berkuasa. Hebat setara manapun musuh Allah itu, dia tetap antara salah satu ciptaan Allah taala. Allah taala yang memiliki segala kekuasaan terhadapnya.

Dalam hal ini, kita sama-sama telah melihat bagaimana perihal musuh Allah sekarang ini, terutama Amerika dan sekutunya, dengan angkuh dan sombongnya, merasakan bahawa dia lah yang memerintah dunia ini, dialah yang mengawal ekonomi dunia ini, merasakan dialah yang memiliki kuasa pemerintahan mutlak ke atas negara-negara kekuasaannya.

Ingatlah, ingatlah kepada proksi-proksi Yahudi dan Amerika. Allah taala lah yang Maha Berkehendak, Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Agung. Dia tetap akan membantu hamba-Nya yang beriman. Dan seterusnya akan menghancurkan musuh-musuh-Nya yang cuba hendak menjatuhkan Islam. Jangan sekali-kali mencabar Allah taala !
posted by Abu Mus'ab @ 1:10 PTG  
2 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::