|
GELANG MAGNETIK |
Selasa, Februari 24, 2009 |
LELAKI HARAM MEMAKAI GELANG
Kerap-kali, bila saya membuka ruangan persoalan kepada staf-staf Petronas atau Kontraktor di Offshoare, pasti ada bertanya tentang apa hukumnya lelaki yang memakai Gelang Magnetik. Saya pun menjawab HARAM hukumnya.
Sekarang ini, bukan setakat gelang berubat, Rantai Berubat dah ada di dalam pasaran. Yang pakai tu, orang yang ada pengaruh jugak. Sehinggakan para pemuda memakainya tanpa segan silu dengan beralasan "Orang itu Pun Pakai Jugak". Nak penjelasan, bacalah penjelasan yang dijelaskan oleh Ulama kita.
Antara perkara yang telah dilupakan orang Islam hari ini bagi memperkasakan jati diri mereka adalah belajar dan mendalami ilmu-ilmu Fardhu 'Ain dan mengetahui perancangan musuh Islam yang setiap masa mencari jalan bagi menghancurkan pegangan dan hubungan mereka kepada Allah taala.
Permusuhan mereka telah disebut oleh Allah taala dalam al-Quran, antaranya menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu (sebagai orang Islam) sehinggalah kamu mengikut agama mereka".
Menerusi ayat 82 dalam surah al-Maidah pula, Allah taala telah menegaskan dengan firmanNya yang bermaksud: "Kamu akan dapati bahawa orang paling dahsyat menimpakan permusuhan ke atas orang-orang Islam adalah di kalangan Yahudi dan yang sekutu dengan mereka".
Justeru itu, kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu-ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan dan cara hidup orang Kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh, mereka mencipta alat bagi mengurangkan tekanan darah dan sebagainya dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara atau kaedah lain yang boleh dilakukan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh Islam agar orang Islam tersebut dilaknat oleh Allah taala. Apabila dilaknat sudah tentu mereka tidak akan mendapat rahmat dan berkat dan akhirnya tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan perubatan telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadisnya daripada Imran bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah saw telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, lalu Baginda saw bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini?" (Iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), lelaki itu berkata: "Ia adalah gelangan perubatan". Tegas baginda Rasulullah saw berkata: "Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri kamu, jika sekiranya kamu mati sedangkan benda itu ada pada diri kamu, nescaya kamu tidak akan selamat buat selama-lamanya". Hadis Sohih yang ke-19 885, riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya.
Pemakaian gelang pada hari ini, bukan sahaja melibatkan golongan remaja, tetapi pegawai-pegawai masjid dan surau, tukang mandi jenazah yang bergelar ustaz dan sebagainya, sesungguhnya mereka telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan mereka dari sudut pegangan aqidah.
Pakai gelang tangan menjadi satu trend dan budaya baru. Di Malaysia ia bermula pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepada kaum keluarga terdekat dan para sahabat oleh orang yang baru pulang dari Makkah.
Sekarang ini pula, ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di tanah suci kerana faktor untuk dikenali sekiranya berlaku apa-apa kemalangan di sana atau sebarang kes kehilangan, maka dengan adanya gelang tersebut mudahlah untuk dikenal. Ohh… ini jemaah haji Malaysia, sebab ada gelang.
Yang peliknya pak-pak haji yang lelaki ini balik ke Malaysia tak mahu cabut dan buang gelang itu. Dipakainya ke mana-mana termasuk ke surau dan masjid. Kalau orang tua berkelakuan sedemikian, maka dengan tiada perasaan bersalah, golongan muda akan turut memakainya.
Jenis-jenis gelang yang haram dipakai bagi lelaki:
1- Gelang kayu koka 2- Gelang kristal 3- Gelang tasbih 4- Gelang getah plastic 5- Gelang besi magnetic 6- Gelang besi Tabung Haji (apabila telah balik haji) dan segala jenis gelang yang apabila dilihat orang, orang akan kata ia adalah gelang. Sehinggakan budak kecil juga mengatakan ia adalah gelang.
Jenis-jenis gelang yang diharuskan:
1- Gelang pesakit semasa berada di hospital. Ia ditanda dengan nama pesakit dan wad apa. 2- Gelang penjenayah/ pesalah. Ianya dipakai oleh pihak polis apabila tangkapan dibuat. 3- Gelang kaki bagi pesakit gila
Sekiranya ada yang hendak memakai gelang ini juga, maka dia hendaklah berusaha jadikan dirinya salah seorang daripada 3 golongan di atas !
|
posted by Abu Mus'ab @ 10:59 PTG |
|
1 Comments: |
-
nike roshe, nike roshe, mont blanc, lululemon, ghd, valentino shoes, mcm handbags, north face outlet, new balance, nfl jerseys, hollister, nike air max, nike trainers, asics running shoes, jimmy choo shoes, nike free run uk, nike air max, nike huarache, celine handbags, wedding dresses, ralph lauren uk, reebok shoes, soccer shoes, herve leger, chi flat iron, instyler, vans shoes, p90x workout, abercrombie and fitch, mac cosmetics, longchamp, nike air max, babyliss, birkin bag, mulberry, insanity workout, giuseppe zanotti, abercrombie and fitch, soccer jerseys, ferragamo shoes, hollister, beats by dre, baseball bats, bottega veneta, north face outlet
|
|
<< Home |
|
|
|
|
:: My PeRsoNaL :: |
|
:: SeCanGkIR KaSiH :: |
|
:: ArTikeL TeRKiNi :: |
|
:: ArKiB iLmIYyAh :: |
|
:: PaRTi PAS :: |
|
:: BloGGeR :: |
|
:: JaLiNan ILMU :: |
|
:: TV OnLiNe :: |
|
|
nike roshe, nike roshe, mont blanc, lululemon, ghd, valentino shoes, mcm handbags, north face outlet, new balance, nfl jerseys, hollister, nike air max, nike trainers, asics running shoes, jimmy choo shoes, nike free run uk, nike air max, nike huarache, celine handbags, wedding dresses, ralph lauren uk, reebok shoes, soccer shoes, herve leger, chi flat iron, instyler, vans shoes, p90x workout, abercrombie and fitch, mac cosmetics, longchamp, nike air max, babyliss, birkin bag, mulberry, insanity workout, giuseppe zanotti, abercrombie and fitch, soccer jerseys, ferragamo shoes, hollister, beats by dre, baseball bats, bottega veneta, north face outlet