:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

UJIAN MEMATANGKAN KEIMANAN
Khamis, Ogos 07, 2008
Ujian Menguji Kematangan

Resah, sedih, pilu, serabut dan tidak tenang. Begitulah keadaan diriku seminggu dua ini memikirkan hal keadaan Parti Islam yang ku sayangi dan kepimpinannya yang telah diserang bertali arus.

Serangan bukan sahaja daripada musuh jelas (BN) bahkan juga daripada rakan Pakatan Rakyatnya. Bukan setakat itu sahaja, sebahagian ahli-ahlinya pun turut menyerang kepimpinannya dengan tuduhan-tuduhan yang boleh merosakkan parti.

Aku cinta parti ini bukan kerana ianya parti PAS semata-mata tetapi kerana landasan perjuangannya yang berdasarkan kepada al Quran dan Sunnah. Aku menyokong kepimpinannya bukan kerana dia Tok Guru Nik Aziz ataupun Tok Guru Haji Hadi atau Ustaz Nasa atau Husam Musa atau Ustaz Ahmad Awang atau Mat Sabu atau lain-lain tetapi aku menyokong mereka kerana mereka berjuang di bawah payung parti yang didasarkan kepada al Quran dan Sunnah.

Selagi mana mereka berakhlak dengan akhlak Islam, melangkah menyusun kepimpinan dan keahlian serta mengatur tindakan siyasi mengikut telunjuk al Quran dan Sunnah maka selagi itu aku memberi sokongan kepada mereka.

Isu muzakarah dan muqabalah yang berpanjangan hingga kini bukanlah satu isu besarpun. Ia juga bukan isu sensasi. Ia hanyalah satu isu kecil tetapi telah diperbesarkan oleh BN, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, sebahagian daripada ahli PAS yang tidak memahami kaedah berjemaah dan mungkin juga sebahagian yang ingin menangguk di air keruh memburuk-buruk imej kepimpinan tertentu dalam PAS.

Kalau sayang kepada PAS, bukanlah caranya dengan menghentam pimpinan sebegitu rupa. Pimpinan mengakui mereka berjumpa dengan pimpinan UMNO dan mereka sudah menjelaskan sejelas-jelasnya tujuan dan kaifiyat perjumpaan tersebut.

Bukannya nak masuk UMNO. Bukan juga nak masuk BN. Cuma berbincang tentang beberapa perkara yang berkaitan Islam dan Melayu. Itupun kerana jemputan UMNO Majlis Syura pun sudah menyetujui.

Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi sudah sepakat. Apa lagi yang hendak dibisingkan. Berilah kepercayaan kepada kepimpinan PAS untuk mengatur langkah mengikut kebijaksanaan mereka dalam usaha memastikan Islam terus terjaga dan terpelihara serta tidak dipermain-mainkan. Bukankah asas kepada perjuangan PAS ialah Islam.

Sekiranya timbul rasa ragu-ragu dan syak wasangka berbincanglah dengan beradab mengikut saluran yang betul. Tidak semestinya apa yang kita rasa betul mengikut pendapat kita itu sebenarnya betul. Itulah pentingnya perbincangan dan itulah peranan besar yang dimainkan oleh Majlis Syura. Itulah kelebihan PAS.

Sebenarnya inilah ujian. Ujian kepada pemimpin dan juga ahli. Ujian untuk mematang dan memperteguhkan lagi kekuatan parti. InsyaAllah natijah dari ujian ini akan lahir sebuah parti yang lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai suasana dalam negara yang bermasyarakat majmuk ini.

Pemimpin menjadi lebih bijaksana dan ahli lebih memahami kaedah pergerakan sebuah jemaah Islam yang secara langsung terlibat dalam siasah negara. Semoga PAS terus maju dan menjadi sebuah parti yang berwibawa dan disegani oleh kawan dan lawan demi kepentingan Islam dan masyarakat seluruh negara.
posted by Abu Mus'ab @ 9:56 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::