:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

UNTUK APA ADA ANAK ?
Selasa, Januari 01, 2008

Untuk Apa Mempunyai Anak?

Mempunyai anak sendiri adalah salah satu kurnia terindah dalam kehidupan berumah tangga. Rasa bahagia itu akan lebih terasa lagi apabila menunggu saat kelahiran anak tersebut itu sudah terlalu lama.

Anak adalah anugerah Ilahi. Semua pasangan secara fitrahnya sangat mendambakan anugerah dan kurnia ini. Kerana itu, orang tua seharusnya tahu dan menyedari nilai kurnia Allah yang besar ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Mereka yang tidak memahami hakikat nilai ini, mereka akan meremehkan dan mengabaikan kewajiban mereka untuk menjaga dan mendidik anak tersebut.

Tidak semua orang yang berkeluarga mudah dan cepat dapat menimang anak. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini kepada siapa yang Dia inginkan. Kerana itu, pasangan yang telah diizinkan Allah mendapat anak, hendaklah dia menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang paling baik menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS. asy-Syura: 49-50).

Kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh syukur dan kasih sayang, kerana ini adalah nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagiakan dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (QS. al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada mengabadikan doa hamba-hamba-Nya yang mampu mewariskan perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (QS. Maryam: 5-6). Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada orang tua apabila kembali kepada Allah.

Seorang ulama pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itu terjadi jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang benar. Hanya anak soleh yang mampu menjadi amalan abadi yang terus mengalir pahalanya untuk kedua orang tua.

Kita sedar bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (QS. Ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang Rabbani. Satu tanggung jawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak. Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengawinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an.” (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami). Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu juga harus diperhatikan. Itu hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan yang tunduk kepada tuntunan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Berbaktilah kamu kepada kedua ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan berbakti kepadamu.”

Mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah mengingatkan masalah ini dalam firman-Nya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu dari api neraka”. (QS. At-Tahrim : 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus cita-cita ibu dan ayah. Mereka harus dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai.

Mari tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik mereka? Betulkah cara yang kita gunakan untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurnia Allah ini akan kita sia-siakan hingga kelak bukannya menjadi tabungan pahala di akhirat, malah sebaliknya?
posted by Abu Mus'ab @ 11:38 PG  
2 Comments:
  • At 10:26 PTG, Blogger tamer said…

    شركات مكافحة حمام بالرياض

    يعتبر الحمام من الطيور الأليفة التي لا تسبب الكثير من الأضرار الصحية للأفراد بشكل عام لكن عملية المكافحة الخاصة بها تتم فور دخولها إلى المنازل وبالتالي تسبب الكثير من الإزعاج لساكنى المكان مع إمكانية تكسير عدد من الإكسسوارات بالمنزل مما يمنع أصحاب

     
  • At 11:15 PTG, Blogger على محمد said…

    شركة المثالى بروكر تقدم افضل خدمات المكافحة فى الاحساء مكافحة النمل الاسود والكثير من عملاء مدينة الاحساء بيعانى من النمل الاسوك
    شركة مكافحة حشرات بالاحساء والكثير يعانى من حشرات البق تقوم شركة المثالى بروكر افضل شركة مكافحة الحشرات
    بالاحساء بعمل مكافحة المنزل كامل من كل انواع الحشرات
    مكافحة النمل الابيض ومكافحة الصرصير ومكافحة البرصر وكل هذا واكثر من المثالى
    بروكر لخدمات المكافحة الشامل معنا تكون فى امان تام
    شركة المثالى بروكر تقدم افضل خدمات المكافحة مع الضمان الشامل كل شئ

     
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::