:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

UMNO TERCOROT DALAM MENJUNJUNG KALAM ALLAH
Jumaat, Januari 11, 2013


Kalimah Allah: Memahami Pendirian Kami

A] UMNO mahu jadi juara kalimah Allah, tapi tercorot dalam menjunjung kalam Allah! Pertahan kalimah Allah, tapi tolak amanah Allah. Hipokrit tak sudah
B] Kita tidak setuju, demi elak salah guna, sebaran bercetak, termasuk Bible terjemahan guna kalimah Allah. Tapi tiada halangan selagi diguna sesama mereka.
C] Tiada percanggahan maksud antara kenyataan Presiden dan Dewan Ulama. Frasa "jangan salah guna" yang disebut oleh Yb Datuk Seri Presiden itulah yang melarang kalimah Allah dalam terjemahan Bible.

Asas yang perlu difahami : 
1) Hukum asal wajib bagi muslim guna kalimah Allah. Terjemahan kepada bahasa setempat selain itu adalah haram. Allah adalah nama khas tuhan yang esa.
2) Hukum asal, harus bagi non muslim guna kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka walaupun dengan mensyirikkanNya. Tiada sebarang nas yang melarang.
3) Dengan bersandar fiqh waqie, uruf, fiqh maqasid dan lain2 kaedah hukum ugama, sesuatu yang harus boleh berubah kepada tidak harus dan sebaliknya.
4) Justeru bersandar kaedah hukum, adalah benar penggunaan kalimah Allah dalam cetakan awam, Bible terjemahan adalah dilarang. Ia menimbulkan keliru awam.
5) Pandangan mufti yang menghukum 'kafir' ke atas yang membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh non muslim adalah melampau. Tiada kekufuran dalam menolak ijtihad.
6) Jangan panik jika berlaku selisih pendapat antara ulama. Ia isu ijtihadiyah setempat. Fiqh muazanat adalah imbang antara nas, maqasid dan waqie.
7) Saya pilih setuju ke atas larangan non muslim guna kalimah Allah pada cetakan awam. Ia selaras maksud Dewan Ulama dan YB. Datuk Seri Presiden PAS

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan Ketua DPP Malaysia
posted by Abu Mus'ab @ 7:25 PTG   5 comments
GENERASI MUDA KENE BACA



FENOMENA AMANAT DAN TAKFIR

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah ke belakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, di seluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya. Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku di seluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku. 

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak  cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh  makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya  tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh  di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah taala di dalam surah al-Furqan ayat 63 yang maksudnya :

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang  tidak diingini."

PRESIDEN PAS MALAYSIA
10 Januari 2013

posted by Abu Mus'ab @ 6:49 PTG   1 comments
PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH ISLAM IMAN
Rabu, Januari 02, 2013

Perkara Yang Membatalkan Islam Syahadah Iman

Isnin yang lalu, saya telah menaqalkan kembali kata-kata seorang Ulama' Saudi Arabia, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Bazz yang berkait tentang 10 perkara yang membatalkan Islamnya, Syahadahnya, Imannya, yang masyhur, kebanyakkan orang memilikinya, berpegang dengannya dan ada juga yang mempertahankannya. 5 perkara telah disebutkan sebelumnya, ada 5 lagi, iaitu:

6- Sesiapa yang MEMPERSENDA-SENDAKAN terhadap sesuatu daripada AJARAN Rasulullah saw atau terhadap PAHALA atau BALASAN siksaan, maka dia menjadi KAFIR. Ini kerana Allah taala telah berfiman dalam Surah at-Taubah ayat 65-66 yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad), adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu mempersenda-sendakan, tiada makna kamu meminta uzur (maaf) kerana kamu telah menjadi KAFIR setelah beriman."

7- SIHIR, di antaranya ILMU GUNA-GUNA, iaitu mengubah kecintaan seseorang suami terhadap isterinya sehingga menjadi benci. Begitu juga ilmu PENGASIH, iaitu menjadikan seseorang itu mencintai sesuatu yang tidak disenangi dengan cara-cara syaitan. Maka sesiapa yang melakukannya dengan redha dengannya, maka dia menjadi KAFIR, kerana firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud: "Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan sihir kepada seseorang pun sebelum mengatakan: Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu." Sebab itu, maka janganlah kamu menjadi KAFIR.

8- MEMBANTU dan MENOLONG orang-orang MUSYRIKIN untuk MENENTANG orang-orang Islam, kerana Allah taala telah berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 51 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

9- Sesiapa yang BERIKTIKAD sebahagian manusia DIBOLEHKAN TIDAK MENGIKUT akan SYARIAT Nabi Muhammad saw, maka menjadi KAFIR. Kerana firman Allah taala di dalam surah al-Imran ayat 85 yang bermaksud: "Barangsiapa mengkehendaki selain Islam sebagai agama (ad-Din) maka tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi."

10- BERPALING secara KESELURUHAN dari AGAMA Allah atau daripada PERKARA-PERKARA yang menjadi SYARAT MUTLAK kepada sahnya Islam TANPA mempelajarinya atau tanpa beramal dengannya. Kerana firman Allah taala di dalam surah as-Sajdah ayat 22 yang bermaksud: "Tiadakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapatkan peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudia dia berpaling daripadanya, sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa."

Tidak ada beza dalam perkara-perkara yang membatalkan Islam ini dari segi hukumnya di antara BERMAIN-MAIN dan BERSUNGGUH-SUNGGUH, SENGAJA MELANGGAR atau TAKUT kecuali kerana TERPAKSA.

Marilah kita sama-sama memohon perlindungan dari Allah taala daripada segala perkara-perkara yang mewajibkan kemurkaan Allah dan kepedihan azab-Nya. Aamiiin..


posted by Abu Mus'ab @ 11:37 PG   6 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::