:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM
Rabu, Mac 30, 2011

MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM

Pemerintahan Islam itu adalah berbentuk ‘khilafah’ atau ‘imarah mukminin’ ataupun disebut juga sebagai ‘imamatul uzma’. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada Syariah Islamiah sama ada dari aspek perlembagaan, undang-undang, ekonomi atau lain-lain, sebagaimana yang ditakrifkan oleh oleh Al-Mawardi (ahli undang-undang), Abu Ya’la (ahli undang-undang), Ibn Khaldun (ahli sosiologi), Imam Harmain Al- Juwaini (ulama ilmu kalam), Imam Al-Ghazali (ulama tasawuf ), Ibn Hazm Andalusi (ulama fiqh) dan lain-lain iaitu:

خِلاَفَةً عَنِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّيْنِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا بِهِ

Maksudnya: “Menggalang ganti dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya.”

Pengertian ini dirumus berdasarkan kata-kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w:

إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ فَلاَ بُدَّ لِهَذَا الدِّيْنِ مِمَّنْ يَقُوْمُ بِهِ

Maksudnya:“Sesungguhnya Muhammad telah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang menguruskannya.”

Ucapan ini terus mendapat persetujuan dan sokongan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Sakifah Bani Saadah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Sayyidina Abu Bakar r.a) sebagai khalifah ynag menggantikan Rasulullah s.a.w.

HUKUM MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM

Terdapat ramai ulama yang membicarakan tentang pemerintahan Islam, ini menunjukkan bahawa perkara ini perlu diambil berat dan dibincangkan dengan serius. Antaranya ialah mereka yang disebutkan sebelum ini iaitu Al-Mawardi (ahli undang-undang), Abu Ya’la (ahli undang-undang), Ibn Khaldun (ahli sosiologi), Imam Harmain Al- Juwaini (ulama ilmu kalam), Imam Al-Ghazali (ulama tasawuf ), Ibn Hazm Andalusi (ulama fiqh) dan ramai lagi yang membicarakan tentang tajuk ini dalam penulisan mereka. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata Al-Faqeh Al-Makruf Ibn Hazm Andalusi:

“Para ulama daripada ahli sunnah wal jamaah, Al-Murji’ah, Al-Syiah dan Al-Khawarij bersatu pendapat dalam menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada imam yang adil yang menegakkan hukum-hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah dengan syariat Allah sebagaimana yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.”

Namun begitu terdapat satu puak daripada Kahwarij yang digelar An-Najdat yang mengatakan bahawa tidak wajib menegakkan kerajaan yang seumpama itu. Walaubagaimanapun golongan mereka sudah tidak wujud lagi sekarang ini. Pendapat golongan ini ditolak oleh ijmak ulama yang telah disebutkan sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam ‘Al-Fasl fil malal wal Ahwa’ wal Nahl.

WAJIBNYA MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM ITU BERDASARKAN SYARA’ DAN BERDASARKAN KEPADA AKAL.

Kita telah menegaskan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syarak atau berdasarkan akal atau kedua-duanya sekali?

Al-Mawardi, Abu Ya’la, Ibn Hazm dan Ibn Khaldun menyatakan bahawa syarak dan akal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam berdasarkan dalil-dalil Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan akal (logik). Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan kepimpinan Islam di kalangan kami.."

Ayat ini bermaksud difardhukan kita mentaati Allah, Rasul dan ulul amri yang memerintah kita.

Rasulullah s.a.w antara lainnya ada bersabda:

سَيَلِيْكُمْ بَعْدِيْ وُلاَّةٌ فَيَلِيْكُمُ الْبِرُّ بِبِرِّهِ وَالْفَاجِرُ بِفُجُوْرِهِ فَاسْمَعُوْا لَهُمْ وَأَطِيْعُوْا فِيْمَا وَافَقَ الْحَقُّ وَصِلُوْا وَرَاءَهُمْ فَإِنْ أَحْسَنُوْا فَلَكُمْ وَلَهُمْ وَإِنْ أَسَاءُوْا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ

Maksudnya: “Selepas aku kamu akan dipimpin oleh banyak pimpinan, maka yang baik memimpin kamu dengan kebaikan dan yang zalim pula memimpin kamu dengan kezaliman, maka dengar dan taatilah kamu dalam perkara yang menepati kebenaran, maka jika mereka berbuat baik maka kebaikan itu untuk mereka dan jika mereka berbuat jahat maka kejahatan itu terkena ke atas diri mereka sedang kamu terus mendapat kebaikan.” (Riwayat ad-Daarul Qutni)

Selain dari Al-Quran dan Sunnah, para sahabat dan tabiin telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (pemerintahan Islam). Para ulama yang disebutkan sebelum ini pula telah memutuskan secara ijmak tentang wajibnya, sementara dari segi logik, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas nama bai’ah ammah atau syahadah, setiap umat Islam yang akil baligh diwajibkan menyertainya. Atas nama bai’ah ianya wajib berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w:

...وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِى عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: “Sesiapa yang mati yang tidak pernah melakukan bai’ah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyah.” (Riwayat Muslim)
Antara lafaz bai’ah itu ialah:

أُبَايِعُكَ عَلَى أَنْ تُقِيْمَ فِيْنَا كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya: “Aku memberikan bai’ahku kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan ke atas kami kitab Allah dan Sunnah Rasul s.a.w.”

Adapun atas nama syahadah ianya wajib kerana antara lainnya bersandarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu.”

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tegakkan syahadah semata-mata kerana Allah.”

Diawasi oleh pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِى سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ

Maksudnya: “Jika tiga orang berada di dalam pelayaran, maka hendaklah mereka melantik seorang ketua.” (Riwayat Abu Daud)

Hadith ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan pelantikan ketua dalam perlantikan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar seperti yang wujud pada hari ini.
posted by Abu Mus'ab @ 8:50 PG   1 comments
SATU JAM BERSAMA BOB LOKMAN
Satu Jam Bersama BOB LOKMAN

posted by Abu Mus'ab @ 8:40 PG   4 comments
54 TAHUN MERDEKA, UMNO PENYEBAB ORG MELAYU MISKIN
Jumaat, Mac 18, 2011

54 tahun Merdeka, Jurang Kaya Miskin Terus Melebar

Betapa untungnya rakyat Malaysia bila pembangkang kuat, maka manfaat akan melimpah kepada rakyat bawahan. Pembangkang yang kuat ia akan menjadi kuasa pengimbang kepada kerajaan BN. Terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan untuk membina 10 000 rumah orang susah dengan setiap rumah diberikan peruntukan RM5000, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM50 juta.

Ini adalah agenda untuk menyantuni rakyat sebagai halwa pilihanraya yang semakin hampir. Alangkah baiknya jika dana untuk rakyat digunakan dengan baik, maka tidak timbul peruntukan untuk 10 000 rumah yang daif perlu dibaiki. Kesemuanya ini terjadi kerana wang dana orang miskin RM32 juta lesap di telan oleh taukeh cina Ooi Kee Siang seorang tauke pokok orked di zaman Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Begitu juga saham bumi putera RM52 bilion lesap di tangan penguasa yang rakus sehingga rakyat menjadi susah. Kayu ukurnya hampir 54 tahun merdeka kehidupan rakyat semakin susah dan miskin terutama di Sabah dan Sarawak seperti 10 tahun mencapai kemerdekaan, walaupun hasil mahsul di perut bumi begitu kaya.

Memang pemimpin umno suka rakyat miskin, supaya senang menjadi umpan pilihanraya. Sepatutnya pemimpin umno kena malu kepada rakyat, walaupun hampir 54 tahun merdeka masih terdapat 10 000 rumah yang daif yang perlukan bantuan untuk di perbaiki.

Pengalaman saya berada di Miri melihat kawasan perumahan di Kampung Pasir, terletak di belakang pejabat Petronas Cari Gali Miri. Penduduk yang tidak ada letrik terpaksa menggunakan generator sendiri dengan kos setiap bulan melebihi seratus ringgit setiap rumah. Kawasan yang diduduki hampir 30 tahun, majoriti mereka ialah masyarakat Iban. Saya dimaklumkan setiap kali pilihanraya maka dijanji bermacam-macam oleh calon BN, selepas menang muka tidak nampak. Inilah watak yang diskimakan dalam budaya kepimpinan BN seluruh negara iaitu memperalatkan kemiskinan.

Pas mengharapkan supaya rakyat yang diberi bantuan untuk membaiki rumah jangan ada diskriminasi politik kepartian dan jangan ada unsur ugutan supaya memangkah BN. Berilah kepada yang berhak, bukan diberikan kepada kroni BN semata-mata. Pas mengharapkan seluruh jentera parti Pakatan rakyat akan pantau projek ini supaya tidak wujud pilih kasih, kerana wang ini ialah wang rakyat bukan wang umno BN.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS
posted by Abu Mus'ab @ 8:29 PTG   0 comments
KONVOI PEMUDA PAS PAKA SEMPENA PGU-2
Khamis, Mac 10, 2011

Konvoi Pemuda PAS Paka

Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno Kali ke-2

Berhimpun di Depan Markaz Ehsan Dun Paka.

Pada 18 Mac 2011, Hari Jumaat, Jam 3 petang.

Yuran Pendaftaran RM5.

Peserta Dikhendaki Memakai Baju PGU.

MENARIK! Sebuah Motorsikal Akan Diberikan Duit Minyak RM15.

Jom Join...

Contact:
Saudara Fakharuddin 019-9124678 dan
Saudara Fazrul 013-3666310

Masa Untuk Berubah..

Takbir !!!
posted by Abu Mus'ab @ 1:38 PTG   0 comments
IMAN TIDAK TERLETAK PADA GAJI YANG TINGGI KECUALI...
Jumaat, Mac 04, 2011

Orang Beriman Tidak Sekali-kali Bakhil dan Kedekut

Tertarik untuk memperolahkan serba sedikit apa yang diutarakan oleh Khatib Jumaat tadi. Perkara yang amat menyentuh perasaan dan jiwa. Apa ke tidaknya, perjuangan ataupun Jihad samada dengan harta benda mahupun dengan masa, jiwa dan tenaga diri sendiri, memerlukan kepada pengamalan, bukan setakat kata-kata, dan laungan-laungan semangat yang kering dari ilmu Allah dan Rasul serta pengalaman orang yang beriman, yang bertunjangkan dengan aqidah Islam yang tulen dan asli.

Beramal, satu konsep yang wajib bagi Iman. Tanpa beramal dengan pancaindera yang ada, jua tanpa beramal dengan segala rukun Iman yang enam, maka tidak berimanlah dia. Walaupun dia memiliki dua PHD, dua MA, dua B.A, ikut apa jurusan yang dia habiskan, jika konsep beramal tidak diaplikasikan dalam realiti kehidupannya, maka sia-sialah kehidupannya. Apabila ditawarkan untuk membuat kebaikan, terutama yang melibatkan masa dan tenaga, apatahlagi yang melibatkan harta benda, pelbagai alasan diberikan. Kadang-kadang alasan diberikan dengan istilah 'Silent Protes'.

Kerana itulah, Nabi Muhammad saw amat menitikberatkan didikan dan bimbingan rohani dan jasmani ke atas para Sahabat radhiallahu anhum, yang lebih terkenal dengan istilah 'Tarbiyyah'. Sehebat mana seseorang itu, tarbiyyah tidak boleh ditinggalkan. Semahal mana pendapatan bulanannya, tarbiyyah tidak boleh dilupai. Setinggi mana pangkat dan jawatannya dalam kerjayanya, tarbiyyah mesti diambil kira. Sesibuk mana urusan kehidupannya, tarbiyyah mesti diterapkan dalam dirinya.

Dengan tarbiyyah, seseorang itu lebih terpelihara percakapannya. Dengan tarbiyyah, gerak geri perbuatannya terjaga. Dengan tarbiyyah, hubungan sesama manusia yang dinamakan Ukhuwah Islamiyyah terlaksana, dengan lahirnya sifat 'Salaamatus Sodri' atau 'Berlapang Dada' apabila menerima sebarang teguran dan nasihat serta pandangan daripada sesiapa pun, samada daripada orang yang lebih tua daripada kita, atau daripada orang yang lebih muda daripada kita.

Teringat satu kalam haraki: "Sesungguhnya penawar bagi Penyakit Hasad Dengki (PHD) adalah apabila melihat orang yang lebih tua dari kita, kita merasakan bahawa amalan kebaikan lebih banyak dari kita. Dan apabila kita melihat orang yang lebih muda daripada kita, kita merasakan bahawa amalan keburukan orang itu masih berkurang jika hendak dibandingkan dengan amalan keburukan kita."

Kembali kepada perbincangan tajuk di atas. Firman Allah taala di dalam Surah as-Saff ayat 10-11 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

Pernah satu ketika, saya diberi rungutan oleh senior saya yang merupakan seorang pimpinan pelajar ketika berada di Mesir ketika masa dahulu. Kebetulan dia mengetahui saya adalah Presiden ILMAM Malaysia. Maka beliau meluahkan satu perasaan ketidak puasan hatinya terhadap sesetengah golongan lepasan Al-Azhar yang sedang bekerja dengan hasil pendapatan yang jauh tinggi jika nak dibandingkan dengan orang kampung dalam satu majlis yang besar yang audientnya adalah di kalangan pelbagai latar belakang. Saya terkedu dengan luahan tersebut, dan saya yakin itulah hakikatnya.

Beliau menyatakan: "Seorang pakcik hadir ke satu Ceramah PAS, dengan membawa duit RM10. Dengan duit itu dibelanjakan RM1 untuk beli kacang rebus, RM1 untuk beli keropok goreng, dan RM1 untuk beli air minuman. Maka, apabila pengerusi ceramah melancarkan derma JIHAD, maka lebihan RM7 itu diinfaqkan semuanya tanpa banyak persoalan dan keluhan, mahupun herdikan dan sindiran...Berbeza dengan kawan ana sorang ni yang berpendapatan tinggi, ribuan..Apabila datang berjumpa dengannya, dari jauh lagi, dah kedengaran suara sinis dan sindiran, tidak lain tak bukan, mari berjumpa ni kerana nak minta derma ni..Allah..kedekut dan bakhilnya kawan ana ni, bahkan turut mempersoalkan dengan soalan yang macam-macam..Jauhnya perbezaan dengan orang kampung tadi..."

Tak perlu saya jelaskan dan huraikan kisah benar tadi. Cukuplah kita selaku mereka yang beranggapan kita adalah Orang Yang Beriman, insyaAllah, mengambil pengiktibaran dan panduan dalam kehidupan kita seharian.

Saya pernah mengingatkan sebelum ini, bahawa: Kerjaya yang sedang kita kerjakan pada hari ini bukanlah matlamat utama, bahkan kerjaya kita ini sebenarnya adalah merupakan wasilah untuk mencapai matlamat utama kehidupan kita. Orang terdahulu, bagi mereka kerja yang utama adalah kerja Jemaah, adapun kerja dunia ini hanyalah merupakan wasilah untuk keperluan kerja Jemaah.

Suka saya mengingatkan akan mafhum sabda Nabi saw yang menegaskan bahawa harta yang sedang kita miliki sekarang, adalah bukan harta kita. Adapun harta kita yang sebenarnya adalah harta kita yang telah kita infaqkan/ sedeqahkan untuk kerja-kerja Islam iaitulah pada segala kerja pada jalan Allah taala, kerana harta tersebut akan bertukar menjadi pahala yang akan menjadi modal kegunaan kita di alam akhirat nanti.

Ingatlah satu lagi sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barangsiapa bersedeqah seberat sebiji kurma dari rezeki yang halal, maka Allah akan menerima sedeqah itu dengan penuh kemegahan-Nya, lalu Dia memeliharanya seperti seseorang kamu memelihara anak kuda yang baru dilahirkan, sehingga akhirnya sedeqah itu membesar seperti sebuah gunung."

Ketahuilah pula akan ancaman bagi mereka yang lokek dan bakhil untuk bersedeqah sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw yang bermaksud: "Setiap kali matahari terbit, ada dua malaikat di kanan dan kiri, yang satu menyeru: "Ya Allah! Kurniakanlah ganti terhadap orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah." Dan yang satu lagi pula menyeru: "Ya Allah! Berilah kemusnahan terhadap orang yang menahan hartanya dari infaq pada jalan Allah."

Akhirnya, mari kita lihat satu penyesalan yang berlaku ke atas seseorang yang tidak melazimi infaq pada jalan Allah ketika hidup di dunia, sepertimana firman Allah taala di dalam surah al-Munaafiqun ayat 10-11 yang bermaksud: "Bersedeqahlah kamu dari apa yang Kami berikan kepada kamu sebelum datang kepada seseorang dari kalangan kamu kematian di mana dia akan berdoa: Wahai Tuhan, alangkah eloknya kalau Engkau perlambatkan sedikit ajalku ini agar aku boleh bersedeqah dan menjadi orang yang soleh. Dan Allah tidak akan sekali-kali memperlambatkan ajal kepada sesuatu jiwa itu dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Satu ingatan bersama, yang telah ulama' tafsirkan daripada ayat 219 dalam Surah al-Baqarah, setelah para sahabat r.anhum bertanya kepada Rasulullah saw tentang apa yang perlu kami infaqkan dan berapa kadarnya? Maka Allah menyatakan dengan infaqkan akan apa yang lebih daripada hajat kamu. Ulama' menghukumkan di sini dengan sayugia ke atas kita, memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan kita untuk kerja-kerja pada jalan Allah taala. Para sahabat tanpa banyak persoalan, melaksanakan perintah tersebut..

Kalau kita boleh memperuntukkan pendapatan kita untuk bayar loan kereta, bayar loan rumah, bayar personal loan, bayar loan tanah, bayar ansuran takaful, beli barang dapur, dan bermacam-macam peruntukkan lagi, takkan kita tidak boleh peruntukkan RM50 sebulan daripada lebih RM2500 untuk kerja pada jalan Allah ???

Wallahu a'lam...
posted by Abu Mus'ab @ 6:53 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::