:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

RIDDAH (MURTAD)
Jumaat, Januari 29, 2010

Riddah (Murtad)

Murtad bermakna kembali kepada kufur setelah Islam. Ijma' ulama' menyatakan bahawa seseorang Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah taala adalah menjadi Murtad; iaitu kufur setelah Islam kecuali dia benar-benar Jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujjah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka adalah dihukumkan kufur dan murtad.

Sesungguhnya ingkar itu berlaku dengan perkataan dan perbuatan yang tidak mungkin dita'wil melainkan kufur menurut nas yang jelas. Adalah dianggap perkataan sebarang perkara yang menepati maksudnya seperti tulisan samada yang berbentuk buku atau maqaalah di dalam akhbar, majalah, juga resolusi-resolusi yang diambil oleh satu-satu persidangan atau seumpamanya.

Sesungguhnya hukum murtad itu tidak diambil terhadap perkara-perkara yang kurang jelas atau pun sangkaan semata-mata kerana ianya mestilah berlaku secara jelas dan tidak mungkin dita'wilkan di antaranya dalam perkara-perkara yang dipanggil 'Maklum Minaddin Biddorurah' dalam hukum yang diketahui oleh walaupun seorang awam, juga di dalam perkara yang ada nas yang terang daripada al-Quran atau hadis atau ijma' dan Qias yang nyata.
posted by Abu Mus'ab @ 12:12 PTG   0 comments
ROYALTI-TEMBELANG NAJIB PECAH

Royalti- Tembelang Najib Pecah

JJ Perak

Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN.

Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas.

Tetapi jenis specis yang `busuk hati' dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh' kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang' di negeri itu.

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, ``tobat lahom' Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya.

Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24595:royalti-tembelang-najib-pecah&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
posted by Abu Mus'ab @ 11:59 PG   0 comments
TOLAK HUKUM ALLAH, SYIRIK !
Selasa, Januari 26, 2010

Syirik

Dikesempatan yang terluang ini, sebelum menunggu mata ni mengantuk, rasanya rugi jika saya tak manfaatkannya. Saya nak menyentuh tentang perkembangan Syirik, yang sekian banyak menular di kalangan orang Islam ini samada sedar atau tidak.

Perkataan syirik bermakna mempersekutukan Allah taala dengan sesuatu yang lain pada sifat Uluhiyyah-Nya ataupun pada sifat Rububiyyah. Maka sesiapa yang menganggap mana-mana satu dari sifat-sifat yang tersebut itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah taala nescaya dia telah melakukan syirik dengan Allah taala walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah taala.

Firman Allah taala dalam Surah Yusuf ayat 106 yang bermaksud: "Meskipun kebanyakkan mereka beriman kepada Allah taala, dalam pada itu mereka tidak sunyi dari berbuat syirik".

Perkataan syirik juga mempunyai makna yang sama dengan kufur walaupun terdapat di kalangan ulama' yang membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan.

Syirik dengan makna menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam semua perkara. Oleh kerana hujjah yang tidak ditolak lagi tentang keesaan Allah taala dan keagungannya, maka sesiapa yang menyekutui-Nya dengan sesuatu yang lain samada pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Perbuatan-Nya, termasuk juga hukum syariat-Nya adalah bermakna telah kufur dengan hakikatnya yang sebenar. Begitu juga seseorang yang kafir adalah dianggap syirik kerana mencabar wujud-Nya Allah taala, keEsaan-Nya dan kesempurnaan-Nya apabila ia menerima sesuatu yang lain.

Boleh juga dianggap syirik apabila mendustakan risalah Nabi Muhammad SAW atau mendustakan sebahagian daripadanya kerana telah mendustakan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah taala supaya beriman kepada-Nya. Sesungguhnya Allah taala telah membuktikan hujjah yang jelas dan kuat tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW. Segala apa yang disabda, diamal dan diakui oleh Rasulullah SAW adalah wahyu daripada Allah taala. Maka barangsiapa yang engkar walaupun sebahagian daripadanya adalah bermakna dia tidak mengiktiraf apa yang dikemukakan oleh Allah taala, tidak mengakui kesempurnaan dan kebenaran hujjah-hujjah-Nya. Jadi, dengan itu dia telah menganggap sesuatu yang lain atau dirinya sendiri menyekutui Allah dalam menentukan sesuatu itu benar atau pun tidak benar.

Adalah juga dianggap syirik kepada orang-orang yang tidak redha dengan Hukum Allah taala atau sebahagian daripada hukum-Nya dan menganggap hukum yang lain lebih baik atau lebih adil daripada hukum Allah taala.

Akhirnya, dengan berpandukan keterangan di atas, mudah-mudahan kita semua tidak tergolong di kalangan mereka yang Syirik kepada Allah taala, tidak kira apa status kita. Hari ini, pemahaman syirik disempitkan maknanya dan pemahamannya yang sebenar.
posted by Abu Mus'ab @ 1:04 PG   0 comments
KUFUR DAN CIRI-CIRINYA
Jumaat, Januari 22, 2010

Kufur dan Ciri-cirinya

Kufur ialah sifat ingkar kepada apa yang diperintahkan oleh Allah taala supaya beriman (yakin) kepada-Nya setelah ditegakkan hujjah. Disampaikan kebenaran itu dan dinyatakan kepada mereka yang melakukan amalan-amalan yang dianggap ingkar menurut nas-nas-Nya. Keingkaran itu berlaku dengan hati seperti yang difirmankan oleh Allah taala dalam Surah al-Baqarah ayat 8-10 yang bermaksud:

"8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)".

Allah taala memberi hukum putus kepada mereka yang mengaku beriman dengan lidahnya sedangkan hatinya tidak beriktiqad begitu adalah kafir, sesiapa yang ingkar dengan hatinya dengan apa yang diwajibkan oleh Allah taala supaya beriman dengan-Nya adalah pendusta di atas ikrarnya bahawa dia beriman dan Allah taala memberi amaran dengan azab yang pedih dan juga menafikan imannya.

Adapun mereka yang ingkar dengan hatinya maka hukumnya adalah terserah kepada Allah taala kerana tidak mengetahui apa yang tersirat di hatinya di mana kita hanyalah mengetahui apa yang lahir sahaja. Kepada orang-orang yang ingkar dengan hatinya, sesungguhnya dia mengetahui siapa dirinya, maka terserahlah kepadanya, dan sesungguhnya Allah taala itu mengetahui segala-galanya.

Firman Allah taala dalam Surah Qaf ayat 16 yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya".

Mereka yang ingkar dengan lidahnya adalah dianggap terkeluar dari iman dan menjadi kafir, kerana firman Allah taala dalam Surah an-Nahlu ayat 106 yang bermaksud: "Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar".

Ayat ini menerangkan tentang sesiapa yang mengucapkan kata-kata yang menunjukkan kafir, yang berlaku tidak dengan paksaan: iaitu tiap-tiap perkataan yang menghina atau menolak dan mengingkari perkara yang diwajibkan beriman kepada-Nya. Adapun orang yang dipaksa adalah dikecualikan selagi hatinya masih tetap beriman walaupun tidak dinafikan menghadapi paksaan sehingga mati Syahid adalah lebih baik.

Tiap-tiap perbuatan yang ditafsirkan kepada kafir menurut nas adalah juga dihukum kafir terhadap sesiapa yang melakukannya seperti melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
posted by Abu Mus'ab @ 7:46 PTG   4 comments
MURSYIDUL AM BARU IM

Musyidul Am Baru Ikhwan Muslimin

Nama
Mohamed Badi' Abdul Majeed Samy

Tarikh Lahir
7 Ogos 1943
Tempat Lahir
Mahalla Al-Kubra

Status
Berkahwin

Pasangan Hidup
Samia Alshanawy, bekas Pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiah di Bani Suef, Mesir.

Anak-anak
- Ammar (Jurutera Komputer)
- Bilal (Pakar Radiologi)
- Doha (Ahli Farmasi)

Cucu-cucu
- Ro'a
- Habib
- Eyad
- Tameem

Kejayaan Akademik
- Sarjana Muda Kedoktoran Haiwan - Kaherah,tahun 1965.
- Pensyarah Fakulti Kedoktoran Haiwan - Asyut,tahun 1965.
- Memperolehi Master Kedoktoran Haiwan dan menjadi Guru Pembantu pada tahun 1977 di Universiti Zagazig.
- Menjadi Doktor Haiwan dan menjadi Guru pada tahun 1979 di Universiti Zagazig.
- Menjadi pembantu Profesor Kedoktoran Haiwan pada tahun 1983 di Universiti Zagazig.
- Menjadi Doktor Pakar Haiwan di Institusi Sana'a pada tahun 1982-1986.
- Menjadi Profesor Perubatan Haiwan pada tahun 1987 di Cairo University - Cawangan Bani Suef.
- Menjadi Pengerusi Bahagian Patologi, Fakulti Kedoktoran Haiwan di Bani Suef pada tahun 1990 untuk dua sesi.
- Mengajar di bawah Fakulti Kedoktoran Haiwan di Universiti Bani Suef untuk pelajar-pelajar graduan pada tahun 1993 untuk satu sesi.
- Menjadi Supervisor pada 15 kelulusan Master dan 12 PhD serta 12 kajian saintifik dalam ruang lingkup kepakarannya.

Pekerjaan Sekarang
Profesor Bahagian Patologi Fakulti Kedoktoran Haiwan – Bani Suef Universiti

Aktiviti Sampingan
- Setiausaha Umum Persatuan Umum Kedoktoran Haiwan untuk selama sesi.
- Bendahari Persatuan Perubatan selama satu sesi.

Aktiviti-aktiviti Sosial dan yang melibatkan Sains
- Ahli Majlis Kerajaan Pertubuhan Kerajaan Islam Mahalla Al-Kubra
- Ahli Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah selama 10 tahun dan menjadi supervisor cawangan kelab tersebut di Bani Suef.
- Timbalan Pengerusi Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah dan Lembaga Dakwah Islam di Bani Suef pada tahun 1996.
- Pengerusi Pertubuhan Ahli Kakitangan Rumah dan Pembantu-pembantunya di Universiti Bani Suef.
- Pengerusi Lembaga Pengarah Bahagian Patologi dan Patologi Klinikal pada tahap Republik.
- Pengerusi Akhbar Kajian Perubatan Haiwan di Fakulti Kedoktoran Haiwan Bani Suef selama sembilan tahun.
- Pengerusi Pusat Perkhidmatan Persekitaran Fakulti Kedoktoran Haiwan - Bani Suef.

1965 : Menjadi tribunal tentera bersama Profesor Said Qutb dan saudara-saudara Islam yang lain. Di hukum selama 15 tahun akan tetapi menjalani hukuman selama sembilan tahun sahaja.

1974 : Dilepaskan dan kembali bekerja di Universiti Asyut dan kemudian di pindahkan ke Universiti Zagazig. Setelah itu dia terbang ke Yaman. Balik dari sana dia ke Universiti Bani Suef.

1998 : Dipenjarakan selama 75 hari kerana kes Lembaga Dakwah Islam di Bani Suef ketika beliau menjadi Pengerusi kelab tersebut.

1999 : Di hukum penjara selama lima tahun kerana kes satu organisasi persatuan. Dilepaskan selepas tiga tahun.

2008 : Di tangkap dan di tahan selama sebulan ketika pilihan raya perbandaran.

Khidmat Bakti
- Menyumbangkan artikel dan hadith pada laman web 'Ikhwanonline'.
- Meneliti dan mengkaji konsep dakwah.

*Pernah di hukum mati pada tahun 1954 tapi kemudiaannya diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.

*Nama Dr. Mohammad Badi' termasuk dalam senarai 100 tokoh terbesar dunia Arab mengikut Ensiklopedia ilmiah arab yang diterbitkan oleh lembaga Informasi Ilmiah Mesir pada tahun 1999.
posted by Abu Mus'ab @ 10:00 PG   0 comments
FACEBOOK
Rabu, Januari 20, 2010

Yahudi Tetap Musuh Islam

Bila saya terbaca satu artikel yang bertajuk :"Facebook; Anda Penentu Halal Haramnya", saya rasa terpanggil untuk membetulkan sedikit statement dalam artikel tu. Ada sedikit sahaja, yang bilamana tidak diperbetulkan, dibimbangi, kita orang PAS semakin hari semakin layu dan lemah dimamah oleh jarum-jarum Yahudi yang menyuntik secara senyap ke dalam badan orang Islam khususnya kita orang PAS.

Saya respect kepada orang arab di Mesir, iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin di Mesir. Rata-rata kebanyakkan daripada mereka amat berusaha sungguh-sungguh agar tidak membeli, memakan, meminum dan menggunakan produk dari Yahudi. Sehinggakan saya melihat mereka sanggup membuka restoran dan kedai-kedai sebagai ganti (alternative) daripada pergi dan menggunakan produk Yahudi.

Perlu diketahui bahawa terkadang apa yang Nabi Muhammad SAW lakukan dan perbuatkan adalah bergantung kepada suasana semasa. Melihat kepada keadaan pada masa itu. Jadi, hadis yang telah dibawakan dalam artikel adalah suasana pada masa itu, Islam yang menguasai. Islam tertegak di muka bumi Allah taala. Ini jauh berlainan apa yang berlaku pada masa kini. Tidak boleh samakan. Suasana zaman Nabi SAW amat berlainan dengan suasana kita pada hari ini. Kenalah merujuk kepada Fiqhul Waaqi'.

Saya ingat, saya telah menyebutkan akan nas-nas dari al-Quran, al-Hadis dan kalam ulama yang terkini tentang semestinya kita hari berusaha sungguh-sungguhti memboikot produk Yahudi. Kerana jelas terang-terangan, dengan menggunakan, membeli produk mereka, dalam masa yang sama, jelas memantapkan dan memperhebatkan ekonomi mereka. Sedia maklum bahawa mereka gunakan hasil ekonomi mereka untuk menghancurkan orang-orang Islam di Palestin dan lain-lain.

Nah ! Macamna sekarang ni? Saya cukup rasa sedih, apabila melihat kanak-kanak yang mati dibom oleh tentera Israil, perempuan yang dirogol, perempuan yang hamil dibelah perutnya untuk permainan judi dalam menentukan anak dalam kandungan lelaki atau perempuan, warga tua yang dipermain-mainkan dan lain-lain lagi. Apakah sahabat-sahabat tidak ada perasaan ker? Tau tak? Mereka jadi begitu kerana orang Islam di Malaysia pada hari ini tidak segan silu membeli, menggunakan, memakan dan meminum produk Yahudi. Walhal, produk keluaran orang Islam 100% ADA.

Akhirnya, saya nak mengajak sahabat-sahabat sekalian, memperbetulkan keadaan ini. Sebab tu, Nabi SAW menegaskan dalam hadis 6 dalam kitab Hadis 40, betapa peri pentingnya menjaga hati, mengelakkan diri daripada perkara yang Syubhah!

Jika nak Istiqamah dalam perjuangan Islam, jauhkan diri daripada perkara yang Syubhah ! Pasal Facebook tu, saya baru tau akan perkara ini dan saya kurang pasti akan kebenarannya dalam menyumbang kepada kestabilan ekonomi Yahudi. Maka, jika benarlah Facebook ini merupakan agen kepada penyumbang ekonomi Yahudi, maka jom sama-sama kita boikot laman ini.
posted by Abu Mus'ab @ 11:34 PTG   1 comments
SYUKUR YANG SEBENARNYA

Syukur Yang Sebenarnya

Dalam akhir ayat 144, surah al-Imran, Allah taala telah berfirman yang bermaksud: "Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang berterima kasih". Ayat ini merujuk kepada makna Syukur yang sebenarnya.

Dalam satu kitab tafsir ada menyebutkan berkenaan dengan ayat di atas iaitu orang-orang yang berterima kasih itu ialah yang teguh memegang agamanya, dengan tidak berpaling tadah, bahkan mensyukuri Allah yang telah memberikannya petunjuk dan hidayah. Allah berjanji akan menolong orang yang telah menolong-Nya iaitu orang yang mempertinggikan agama-Nya dan meletakkan kalimah Allah paling tinggi dari agama yang lain-pasti Allah akan laksanakan janji-Nya.

Inilah makna Syukur yang sebenarnya. UMNO pada hari ini, dengan kejahilannya dan kedegilannya untuk menerima kebenaran, bahkan ada juga manusia-manusia yang mengatakan bahawa dia adalah beriman dan ahli Syurga, menganggap bahawa 'Syukur' adalah semata-mata berterima kasih dengan kewujudan sekolah, pagar sekolah, jambatan, jalan raya, binaan yang canggih, kemajuan yang terkini, ada elektrik, ada air paip, mendapat duit ehsan dan lain-lainnya.

Sungguh malang puak-puak ini. Saya pun berasa amat terkilan dengan sikap pimpinan UMNO yang sanggup membiarkan rakyat jelatanya dalam keadaan terus tertipu, terus jahil dan hanyut dibuai dunia yang penuh tipu daya ini. Apatah lagi kepada mereka-mereka yang telah memiliki Sarjana Muda, Sarjana dan PHD dalam bidang agama, ada juga di kalangan mereka yang takut untuk menjelaskan kebenaran yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Hadis SAW.

Sebab itulah, isi al-Quran dan al-Hadis mesti diamalkan, bukan setakat dihafal di bibir sahaja. Mesti dipraktikkan dalam diri mereka yang membacanya dan menghafalnya. Jangan kerana sebab ego, sombong, dan berasa diri dah tak perlu dibimbing, dinasihati dan ditarbiyyah, mengakibatkan akhirnya diri mendapat celaka seterusnya jauh daripada mendapat Rahmat dan Berkat Allah taala dalam kehidupan seharian.
posted by Abu Mus'ab @ 1:54 PTG   0 comments
SEGALA NIKMAT AKAN DIPERSOALKAN
Selasa, Januari 19, 2010

Segala Nikmat Akan Dipersoalkan

Allah taala telah berfirman di dalam al-Quran dalam Surah at-Takathur, ayat 8 yang bermaksud: "Kemudian pada hari itu sememangnya kamu akan ditanyai tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

Dalam ayat ini, Allah telah menyatakan bahawa manusia nanti di akhirat akan ditanya tanggungjawabnya mengenai kurnia/ nikmat yang dinikmatinya ketika di dunia, yang telah dimegah-megahkannya itu samada berupa keamanan, kesihatan, kelazatan dalam makan minum, tempat tinggal mahupun kenderaan dan kemudahan-kemudahan lain yang dinikmatinya.

Inilah yang perlu kita muhasabahkan bersama-sama. Sejauh mana nikmat-nikmat yang kita nikmati pada hari ini, kita manfaatkan ke jalan yang sepatutnya. Khususnya ke jalan Allah taala. Duit gaji kita, kereta baru kita, rumah batu kita, handphone kita, laptop kita, kemahiran kita, idea fikiran kita, ilmu kita, dan seumpamanya, ke mana kita manfaatkannya?

Sekiranya, nikmat-nikmat tadi, tidak dimanfaatkan untuk ke jalan Allah taala, iaitu, bakhil untuk gunakan duit gaji untuk berinfaq, sayang nak gunakan kereta baru untuk pergi ke program Jemaah, sayang nak gunakan rumah sebagai tempat untuk adakan berbincang atau usrah, bimbang kehabisan kredit handphone untuk menghubungi penceramah atau pentazkirah, sayang nak gunakan laptop untuk kerja-kerja komputer, malas nak gunakan kemahiran yang ada untuk kepentingan Islam. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini.

Pernah seorang ulama haraki pernah menyebut: "al-Waziifatul laisat hadafat, walaakin al-waziifatul hiyal wasiilah". Dalam hal ini, nyatalah matlamat kita bekerja adalah bukan leka untuk mengumpulkan harta, sibuk membina rumah batu, bukan menjadi penghalang kepada untuk aktif bergerak dalam PAS, bahkan kerjaya yang kita usahakan masa kini adalah sebagai wasiilah, alat untuk mencapai matlamat yang utama, yang tak lain tak bukan adalah untuk melihat Islam tertegak di bumi Malaysia ini, yang akhirnya mengharapkan KEREDHAAN Allah taala hidup di muka bumi ini.

Jadi, saya nak mengajak sahabat-sahabat sekalian, agar dapat sama-sama menjadi mata rantai perjuangan Islam di Malaysia ini, yang pastinya sama-sama mendokong perjuangan PAS. Sama-sama kita meng'Gah'kan isi al-Quran yang telah dihafal sebanyak 30 juzu' dengan merealisasikan dalam kehidupan kita seharian, bukan setakat di bibir sahaja.
posted by Abu Mus'ab @ 5:38 PTG   0 comments
NILAI 0.1 SAAT
Sabtu, Januari 16, 2010

Apakah nilai 0.1 saat? Apakah nilai 1 saat? Apakah nilai 1 minit?

Mungkin di dalam keadaan biasa, 0.1 saat atau 1 saat atau 1 minit tidak mempunyai sebarang nilai kepada kita. Mungkin bagi kita yang selalu duduk di kedai-kedai kopi berjam-jam lamanya, 1 jam sekalipun tidak ada nilai. Atau bagi di antara kita yang mengambil masa berbulan-bulan untuk menyempurnakan sesuatu kerja, 1 hari pun tidak ada nilai.

Tetapi di dalam keadaan-keadaan yang tertentu atau kepada mereka yang tertentu, ia amat berharga dan bernilai.

Bagi seseorang yang tertinggal keretapi atau bas, 1 minit amat berharga. Apa tidaknya jika keretapi atau bas bertolak jam 8.30 pagi tetapi beliau tiba di platform jam 8.31 pagi.

Atau seorang pelari pecut yang baru menamatkan larian 100 meter dalam masa 9.5 saat tetapi rekod dunia adalah 9.4 saat. 0.1 saat itu telah menghalang beliau dari mencapai kemasyhuran.

Bernilai Jika Tepat Pada Sasaran

Masa atau apa sahaja yang mungkin dianggap remeh oleh seseorang mungkin amat bernilai kepada seseorang yang lain.

Contohnya, sebutir nasi jika jatuh ke lantai mungkin akan kita pungut dan buang ke dalam sinki. Tetapi jika di kawasan yang dilanda kebuluran di Afrika, mereka akan berebut untuk sebutir nasi. Tepung gandum yang jatuh ke tanah juga akan dikaut bersama-sama pasir untuk di masak.

Sebagai sebuah kerajaan apabila kita hendak mengedarkan bantuan, perkara-perkara ini perlu difikirkan dengan teliti.

Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN-ADUN banyak mengedarkan bantuan kepada rakyat. Dari beras dan gula kepada beg sekolah dan pakaian sekolah. Tetapi bantuan-bantuan ini hanya akan berkesan jika ianya tepat pada sasarannya.

Jika ianya diberikan kepada mereka yang tidak memerlukan, kemungkinan besar ia tidak akan dihargai oleh penerimanya.

Dari segi politik ianya satu tindakan yang tidak menguntungkan kerana ia tidak dapat memberi kesan politik yang dihasratkan.

Dari segi menjaga amanah, kita telah mengkhianati tanggung jawab kita kerana kita telah memberi bantuan kepada mereka yang tidak layak.

PAS sama macam Umno?

Pakatan Rakyat mesti berbeza dari Barisan Nasional. Apatah lagi kita sebagai sebuah jemaah Islam. Amalan kronisme yang dipraktikkan oleh UMNO dan Barisan Nasional perlu dinyahkan sama sekali.

Suami kakak isteri saya yang tinggal di bawah pentadbiran DUN Hulu Kelang pernah memberitahu bahawa orang-orang kampungnya hanyalah ketika pentadbiran Pakatan Rakyat mendapat daging korban. Menurutnya ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional, mereka disisihkan dan hanya kroni-kroni yang dapat daging korban.

Sama ada daging korban, zakat, beras, gula, tepung, beg sekolah dan apa sahaja bantuan perlu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Tugas kita untuk mencari mereka yang layak. Tidak memadai berkata tidak jumpa. Lebih parah lagi jika ahli-ahli Parti mendapat bantuan tetapi mereka yang layak bukan ahli Parti tidak dapat.

Mungkin ahli-ahli Parti itu layak tetapi dari segi implikasi politik apabila bukan ahli Parti tidak dapat dan ahli Parti dapat, bersedialah untuk melepaskan Negeri Selangor pada pilihanraya umum XIII.

Janganlah dianggap bantuan-bantuan ini sebagai "rampasan perang" untuk diagih-agihkan di kalangan kita.

Ingat, Salahuddin Al-Ayubi yang kain kafannya terpaksa didermakan oleh orang kerana tidak meninggalkan wang yang cukup.

Pilihan Raya Umum September 2011?

Pilihanraya umum ke XII adalah pada bulan Mac 2008. Menurut Perlembagaan, pilihanraya umum ke XIII mesti diadakan selewatnya bulan Mei 2013. Jarak di antara pilihanraya umum ke XI dan ke XII adalah lebih lebih kurang 48 bulan.

Walau bagaimanapun jarak di antara dua pilihanraya umum pernah kurang dari 4 tahun, iaitu 3 ½ tahun, di antara 1978 dan 1982, pilihanraya umum pertama Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Pilihanraya umum akan datang mungkin diadakan 3 ½ tahun selepas 8 Mac 2008. Ini juga merupakan pilihanraya umum pertama Najib maka tidak mustahil dia akan mengikut jejak Mahathir mengadakannya lebih awal.

Jika ini berlaku maka pilihanraya umum ke XIII adalah pada September 2011. Ini bermakna kita hanya ada 1 tahun 8 bulan atau 20 bulan sebelum pilihanraya umum yang akan datang.

Bila bercakap tentang pilihanraya, ramai yang berjanji kepada saya akan menyumbang bila tiba pilihanraya umum. Saya tidak pasti menyumbang apa. Mungkin tenaga atau mungkin wang.

Tetapi bagi mereka yang biasa merancang untuk pilihanraya sudah tentu memahami bahawa tenaga dan wang yang paling diperlukan adalah bukan ketika pilihanraya.

Persiapan dan gerakerja pilihanraya yang paling utama adalah pada tahun-tahun sebelum pilihanraya atau sebelum Parlimen dibubarkan.

Cerita Buah Ceri

Contohnya dari segi kewangan, wang yang dibelanjakan ketika kempen pilihanraya hanya mungkin 10 atau sekecil 5 peratus yang dibelanjakan sepanjang tempoh 3 atau 4 tahun sebelum penamaan calon.

Mungkin ada Cawangan-Cawangan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong yang mulai aktif hanya selepas Parlimen dibubarkan tetapi 90 peratus dari kerja-kerja pilihanraya telah dilaksanakan sebelum itu.

Mereka yang datang menderu dan bekerja di saat-saat akhir hanyalah sebagai penyeri. Contohnya sebiji kek, kerja-kerja selepas Parlimen dibubarkan adalah umpama meletakkan buah ceri terakhir.

Ia penting tetapi kerja-kerja memecah telur, mengadun tepung, memasak dan meletakkan aising telah dilakukan sebelum itu. Kadang kala kita nampak buah ceri tetapi mereka yang bersusah paya sebelum itu kita tidak nampak.

Oleh itu, bekerjalah dari sekarang. Kalau hendak menyumbang. Sumbanglah sekarang. Setiap RM1 yang diperlukan selepas Parlimen dibubarkan, RM10 diperlukan sebelum Parlimen dibubarkan. Setiap seorang petugas diperlukan selepas Parlimen dibubarkan, 10 orang petugas diperlukan sebelum pilihanraya dibubarkan.
posted by Abu Mus'ab @ 12:06 PTG   0 comments
BAJU PAS
Rabu, Januari 13, 2010

Baju PAS

Dalam suasana sibuk dengan pelbagai isu yang melanda umat Islam di Malaysia ini, khususnya Isu Nama Allah taala, terkadang ingin juga melemparkan pandangan, tetapi, saya rasa dah memadai sahabat-sahabat di rangkaian lain melakarkannya. Cuma saya nak mengajak sahabat-sahabat sekalian, agar berfikir sejenak, merenung sedetik, kenapa perkara seperti ini berlaku? Sama-sama berfikirlah yer...

Malam tadi, tika saya membentangkan satu tafsiran ayat Allah taala dalam surah al-Imran ayat 139 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman".

Satu hari, sahabat saya telah memakai baju yang ada logo PAS, memang dia suka memakai baju PAS, ke Pasar, Shopping Complex, Kuala Lumpur, Tempat Peranginan, Jalan-jalan bawa keluarga bersiar-siar, Jumpa Kawan, dan ke mana-mana sahaja. Dia tidak ada rasa malu, baginya biasa sahaja.

Agak-agaknya, ada tak puak UMNO yang berani memakai pakaian yang ada logo BN atau UMNO di tempat-tempat tadi. Setakat pengamatan saya, mereka tidak berani (penakut). Jika ada yang pakai juga, orang itu secara cari nahas untuk di 'Boooo'.

Tetapi, sahabat saya ni, alhamdulillah, setiap kali dia memakainya baju PAS ni, tidak ada apa-apa yang nak dibimbangkan dan digusarkan. Malahan, mendapat sokongan pulak oleh masyarakat pada hari ini.

Bagi saya, benarlah firman Allah taala di atas, seseorang yang memperjuangkan agama-Nya, memuliakan seruan-Nya, mengagungkan panduan-Nya, membesarkan kalimah-Nya, bagi mereka tiada ketakutan dan kesedihan yang menimpa. Bahkan Allah taala mempermudahkan urusan kehidupannya di bumi ini dengan penuh keberkatan dan kerahmatan.

Bagi mereka yang tidak faham, yang menyatakan bahawa kebersamaan dalam Jemaah Islam (PAS) yang melampau dianggap Ta'sub dan Fanatik adalah amat bertentangan dengan panduan Islam. Saya pernah menyatakan sebelum ini tentang salah tafsiran Ta'sub dan Fanatik. Rasanya sahabat masih mengingatinya.

Kebersamaan dan kecenderungan kita terhadap Jemaah Islam (PAS) adalah satu tuntutan, suatu yang lazim, perkara yang mesti, hukuman yang wajib. Bukan satu sifat keta'suban dan kefanatikan. Sesungguhnya ta'sub dan fanatik ini adalah dikhususkan kepada mereka yang bersama-sama dan cenderung kepada golongan yang menentang Islam, golongan yang kejam, zalim, jahat, mungkar, melakukan maksiat.

Sahabat-sahabat yang berpendidikan tinggi haruslah memahami perkara ini. Ilmu Allah taala ini adalah luas. Al-Quran diturunkan dengan 6236 ayat, yang menuntut kepada kita semua, khusus golongan Huffazul Quran menghayati dan mendalaminya. Bukan setakat membaca dan menghafalnya sahaja. Ketaqwaan dan Keimanan (keyakinan) menuntut kepada Pengorbanan. Fikir-fikirkanlah...
posted by Abu Mus'ab @ 1:01 PG   7 comments
BOLEH PERCAYA KER?
Selasa, Januari 12, 2010

Boleh Percaya Ker?

Satu lagi berita lucu dan lawak dilaporkan di media hari ini. Rakyat bukannya tidak biasa dengan jaminan kerajaan, pengilang, pemborong dan peruncit bahawa harga barang tidak akan dinaikkan.

Sudah beratus kali jaminan tidak berlaku kenaikan harga diberikan sebelum ini apabila berlaku kenaikan tariff elektrik dan kenaikan barangan asas seperti gula, tepung, beras dan lain-lain.

Tetapi jaminan itu semuanya hanya untuk menyedapkan hati rakyat sedangkan hakikat sebenar barangan keperluan semakin hari semakin naik. Kini dengan kenaikan gula kerajaan dan pihak terbabit sekali lagi berjanji dan memberi jaminan harga barangan lain tidak dinaikkan.

Bolehkah kita percaya sedangkan kita telah ditipu ratusan kali. Hanya rakyat yang pekak, buta dan tuli mata hatinya yang akan percaya kepada jaminan penipu dan pembohong ini. Hari ini media melaporkan Industri pengeluar makanan dan minuman bergula, serta persatuan pengusaha restoran seluruh negara memberi jaminan tidak akan menaikkan harga makanan dan minuman ekoran kenaikan harga gula baru-baru ini.

Jaminan itu diberi dalam pertemuan dengan 50 wakil industri dan persatuan itu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dengan jaminan itu, harga makanan dan minuman berkaitan gula seperti roti manis, kek dan susu pekat tidak akan dinaikkan dalam waktu terdekat kecuali disebabkan faktor lain seperti kenaikan harga bahan lain yang terlibat dalam pembuatan makanan itu atau kenaikan kos pekerja.

BOLEH PERCAYA KE?

dipetik dari harakahdaily.net
posted by Abu Mus'ab @ 12:40 PG   0 comments
CAHAYAMATA KE-4
Khamis, Januari 07, 2010

Mujahidah Pertama

Alhamdulillah..Menjadi kegembiraan yang tidak terhingga, di samping rasa syukur kepada Allah taala, kerana telah mengurniakan cahayamata yang ke-4, pada jam 06.17 pagi (waktu Malaysia). Sebaik sahaja selesai azan Subuh berkemundang, maka tercatatlah sejarah dengan kelahiran Mujahidah Pertama ini di dalam kehidupan saya sekeluarga.

Rasa kegembiraan ternyata jelas terpancar di air muka Ummu Mus'ab, begitu jugalah kepada dirinya sendiri. Bukan main sibuk lagi dengan kehadiran anak perempuan pertama ini. Sebelum ini, lahirnya Mus'ab, Mu'az dan Suhaib. Sekarang nak bagi nama apa yer? Apa-apa pun semuanya dah siap tersedia. Mohon kepada para sahabat semua agar mendoakan kami sekeluarga, selamat dunia akhirat. Teguh dalam perjuangan Islam, bersama mendokong Parti Islam Semalaysia (PAS).







posted by Abu Mus'ab @ 10:18 PTG   5 comments
LEMAK BABI DALAM ROTA
Selasa, Januari 05, 2010
Lemak Babi Dalam Keropok Udang ROTA


Yang jelasnya, Pringles pun ada juga lemak babi ni. Kalau tak percaya tengok ada E471 di ingredients nya tu. Memang patutlah Allah turunkan bala Virus Influenza tu. Tidak hairan kalau sekarang ini ramai sangat samseng, yang terdiri di kalangan orang muda, yang tua, lelaki dan perempuan, sama sahaja.

Solat yang WAJIB main tinggal jer. Doa pun banyak yang tak termakbul ekoran makanan-makanan seperti ni yang menjadi darah daging. Nauzubillah.. Camner nak lahirkan lebih ramai orang Islam yang betul-betul 'muslim'? Dari kecil dah disuapkan dengan makanan-makanan yang mengarut ini.

Yang hairannya camna boleh ada tanda HALAL bagi makanan-makanan tersebut? Bijaknya org-orang kafir memperdayakan orang-orang Islam hanya dengan makanan. Sesungguhnya kebijaksanaan mereka tidak akan kekal lama.

Tetapi, ingatlah suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, orang-orang mukmin akan bangkit jua... Jika kita sedar dan prihatin, sebarlah maklumat ini kepada rakan-rakan seIslam. Semoga kita lebih berhati-hati dengan tipu daya & helah musuh-musuh Allah swt...
posted by Abu Mus'ab @ 5:56 PTG   0 comments
PENYAKIT TERKINI II

Penyakit Terkini II

Menyebut berkenaan Infaq Fi Sabilillah, yang paling aula adalah infaq harta benda yang kita miliki. Walaupun dengan RM1 sehari, sudah memadai dan sudah melepasi daripada tergolong di kalangan mereka yang bakhil, yang malaikat cukup mengutuk dan mendoakan kecelakaan bagi mereka yang kedekut untuk berinfaq pada setiap hari.

2- Hawa Nafsu. Hawa nafsu merupakan antara penghalang yang cuba menghalang manusia daripada beribadat terhadap Allah taala. Hawa nafsu berkait rapat dengan kehendak dan jiwa seseorang. Sememangnya sekiranya hawa nafsu tidak dikekang, maka terjadilah apa yang berlaku pada hari ini. Kerasnya hati untuk menerima kebenaran, kerasnya hati untuk membuat kebaikan dan perubahan, kerana terikut-ikut dengan hawa nafsu.

Sebab itulah, dalam mengekang hawa nafsu yang jahat ini, Allah taala telah menyebutkan dalam al-Quran, Surah an-Naazi'aat ayat 40-41 yang bermaksud:

40. Adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
41. Maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

Orang yang beriman dan bertaqwa sahaja akan dapat mengekang hawa nafsu ini. Keyakinan dan rasa takut kepada Allah taala di mana sahaja jua berada inilah yang akan memenjarakannya dan memelihara diri daripada terjebak ke kancah kemaksiatan kesan mengikut hawa nafsu yang jahat lagi merugikan.

3- Dunia Diutamakan. Inilah reality yang berlaku terhadap kebanyakkan orang Islam pada masa sekarang. Tidak kira samada dia orang Melayu, Arab dan bangsa lain. Masing-masing mementingkan kehidupan dunia semata-mata. Mendahulukan anak pinak, isteri-isteri, kaum kerabat, mementingkan kerjaya, kedekut harta benda, sangat berkira, sanggup menghabiskan duit untuk menghiasi rumah dan seumpamanya. Sedangkan dunia adalah kehidupan sementara waktu sahaja.

Dunia tempat mencari bekalan dan mengumpul amalan-amalan yang dapat digunakan sebagai pembenteng dan syafaat diri ketika berada di alam barzakh dan alam akhirat akan datang. Berkata seorang ulama': "Dunia apabila dikejarnya oleh seseorang, ia akan semakin melarikan diri daripada orang itu. Tetapi dunia apabila seseorang itu melarikan diri daripadanya, ia akan mengejar orang itu".

Dunia merupakan jambatan untuk ke alam hakiki. Bukan sebagai matlamat, hanyalah alat semata-mata. Hari ini, ramai yang takut akan kehilangan dunia. Kenapa berlaku sedemikian? Allah taala telah berfirman dalam Surah ad-Dhuha, ayat 4 yang bermaksud: "Dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya".

4- Orang Yang Merasakan Dia Senantiasa Betul. Iaitulah satu virus yang biasanya wujud di kalangan golongan ilmuan, yang cerdik pandai, yang tidak perlu bergantung kepada orang lain, tidak perlu mendengar nasihat orang lain, yang tidak perlu ditegur, tidak perlu ditarbiyyah, tidak boleh dikritik, yang juga mementingkan diri sendiri. Walaupun demikian, virus ini tak terlepas di kalangan mereka yang bodoh sombong, jahil tukil dan seumpamanya.

Teringat satu kalam seorang ahli bijaksana: "Apabila kau ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu, anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditergur oleh orang muda dari kamu, anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh orang yang lebih tua dari kamu, anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu."

Mengenepikan kepentingan diri, sanggup mengorbankan harta benda, tenaga, waktu dan jiwa adalah merupakan pendahuluan yang membantu kepada kejayaan kerja-kerja amal jamai'e. Umat Islam adalah umat yang memerlukan pengorbanan yang sedemikian rupa sehingga mereka berjaya mewujudkan kerja-kerja jamai'e yang berupaya menghasilkan cita-citanya.

Oleh kerana itu, sifat-sifat seperti bakhil, mengikut hawa nafsu, mementingkan dunia dan tertarik hanya dengan pendapat sendiri adalah merupakan sifat-sifat yang perlu dihapuskan dari diri mereka yang berada di dalam Jemaah Islam khususnya.
posted by Abu Mus'ab @ 4:07 PTG   0 comments
PENYAKIT TERKINI
Jumaat, Januari 01, 2010

Penyakit Terkini

Kesempatan ini, saya nak berkongsi satu ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian. Ilmu ini jarang didapati. Kebetulan saya sempat bersama dengan Ketua Ulama PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS Pusat beberapa hari yang lalu. Bersua muka, berbicara, bertukar minda, dan menyatukan fikrah dan amal.

Dinyatakan tentang Penyakit Terkini; penyakit yang didapati di dalam individu-individu Islam, bahkan kadang-kadang didapati dalam jiwa-jiwa mereka yang merasakan dia orang yang beriman, mereka yang sebelum ini pernah ditarbiyyah, dididik dan dibimbing oleh gerakan Islam. Ialah Iman kadang-kadang pasang, dan kadang-kadang surut.

Empat Penyakit itu ialah:

1- Tangkai Jering, iaitu Kedekut / Bakhil. Kedekut ilmunya, kedekut harta bendanya, kedekut masanya, kedekut tenaganya, kedekut mindanya. Inilah penyakit yang kadang-kadang wujud dalam diri orang yang mengatakan dia ialah orang yang beriman, orang yang sebelum ini pernah ditarbiyyah dan seumpamanya. Apabila Allah taala menyatakan dalam al-Quran :

وما أنفقتم من شئ فهو يخلفه

Yang bermaksud: "Apa-apa yang kamu infaqkan (belanjakan) daripada apa yang kamu miliki, maka Allah taala akan menggantikan semula."

Keadaan berlaku disebabkan kurangnya pengamalan terhadap ilmu-ilmu yang diperolehi, tidak ikhlas dalam beramal, tidak ikhlas dalam perjuangan, membiasakan diri dengan memakan, meminum dan menggunakan barangan yang SYUBHAH, tidak melazimkan diri menghadiri kuliah agama, tidak hadir ke program-program tarbiyyah, dan akhirnya tidak mahu bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

Dinyatakan bahawa:

مصلحة الجماعة مقدمة على مصلحة الفرد

Bermaksud: "Maslahah jemaah adalah diutamakan daripada maslahah peribadi".

Saya telah nyatakan dalam artikel sebelum ini bertajuk "Keadaan Paksaan Yang Dibenarkan II" tentang Hati-hati dengan Harta, Pangkat dan Keluarga. Tambahan itu, Allah taala berfiman di dalam Surah at-Taghaabun, ayat 14-16 yang bermaksud:

"14. Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

15. Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar.

16. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajarannya) serta Taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya".

Cukuplah saya menyatakan nas-nas di atas, mudah-mudahan kita semua boleh menilai diri kita sendiri dengan nilaian yang sewajarnya. Bermuhasabah, Menjadikannya sebagai Panduan dan Pengiktibaran. Kerana kita adalah Hamalatul Islam laisa Hamalatu Ghaira Islam.

bersambung ...
posted by Abu Mus'ab @ 8:52 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::