:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

WASIAT HASSAN AL-BANNA
Khamis, Oktober 29, 2009


Wasiat al-Marhum as-Syahid Hasan Al-Banna


Saudaraku,

Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Allah swt. berfirman yang bermaksud:

"Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami ivguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tentaranya apa yang selalu mereka khuartirkan dan mereka itu," (Al-Qasas: 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk beramal. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.

Bersiap dan beramallah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana boleh jadi engkau tidak dapat berbuat apa-apa di esok hari.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus beramal dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.

Allah swt. berfirman yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)

Hanya Allah-lah zat yang Maha Agung, bagi-Nya segala pujian.
posted by Abu Mus'ab @ 3:43 PTG   1 comments
YAYASAN AMAL TERENGGANU KE PADANG
Rabu, Oktober 28, 2009

Yayasan Amal Cawangan Terengganu ke Padang


20hb Okt 2009 – Sekumpulan 6 orang petugas dari Yayasan Amal Terengganu telah bertolak ke Pariaman, Padang, Indonesia bermula dari 15hb Okt 2009 selama 4 hari, bagi misi kemanusiaan setelah bumi Minang tersebut dilanda kegoncangan gempa bumi pada kekuatan 7.6 S.R pada 30hb September 2009 baru-baru ini.

Kumpulan kedua dari Yayasan Amal Malaysia ini telah diberikan tugasan untuk membantu mencapai sasaran menyediakan 12 telaga sumber air bersih yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat yang ditimpa musibah kepada beberapa buah kampung di persekitaran POSKO di kampong Lubuk Pandan yang menjadi pusat operasi kami di sana.

Dengan kepakaran teknologi penyediaan “tube-well” yang banyak dipraktikkan di negeri Kelantan & Terengganu, Yayasan Amal Malaysia berkeyakinan, keperluan mendesak kepada sumber bekalan air bersih itu dapat dipenuhi.

Di antara kampung yang berjaya disiapkan sumber air bersih itu adalah Kampung Lubuk Pandan, Kampung Si Gaung, Kampung Segenting, Kampung Penyalai dan Kampung Teluk Asam. Tidak dapat digambarkan, kegembiraan bagi penduduk setempat apabila setiap kali kerja – kerja mendapatkan sumber air bersih bagi kegunaan mereka siap diusahakan.

“Kami merasa puas apabila setiap satu telaga disiapkan disambut dengan gembira oleh penduduk kampung, walaupun badan kami keletihan” ujar Mohamad dari Dungun yang mana penggalian telaga kaedah ini sudah tidak asing bagi dirinya di Dungun, Terengganu.

Bagi En Zaradi Bin Su, 44 tahun, beliau merasa amat berterima kasih kepada ke semua penyumbang-penyumbang yang telah menderma melaluinya sebelum beliau berangkat mengikuti misi Yayasan Amal Terengganu ke Padang. “ Banyak yang telah dimanfaatkan hasil sumbangan orang ramai, antaranya pembelian peralatan, paip, pam air dan keperluan-keperluan lain”, ujarnya.

Pada hari keempat misi kedua Yayasan Amal di sana, satu program bersama masyarakat setempat telah disusun untuk majlis pengagihan selimut dan sumbangan makanan kepada kanak-kanak.

Dalam majlis itu juga, penduduk di situ telah dimaklumkan dengan usaha kami bagi menyegerakan penggalian telaga air bersih dan kerja-kerja kaunseling kepada pelajar di sekolah-sekolah. Berkebetulan juga, di lokasi majlis tersebut, terdapat sebuah telaga yang siap dibina telah menjadi ikon perasmian “sumur bor” (Tube-well) Yayasan Amal Malaysia.

“Dianggarkan, tidak kurang dari 200 orang penduduk telah mengambil kesempatan menerima sumbangan derma dari kami, rata-rata mereka meluahkan rasa amat bersyukur dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada kami, ini sekaligus, menolak provokasi pihak media tentang adanya konfrontasi antara Malaysia-Indonesia. Kami diberi layanan dan kerjasama yang baik dari kesemua penduduk yang ditemui”- ulas Wan Adib dari Paka.

Dalam majlis yang diadakan pada sebelah petang hari kempat operasi itu, Selimut, Sarung dan beberapa jenis makanan keperluan telah selamat diagihkan kepada lebih 200 orang penduduk. Rombongan bertolak kembali ke tanahair pada 20hb Oktober 2009, Selasa.

Peserta misi kedua Yayasan Amal Malaysia Terengganu :-

Mohd Saifuddin Awang
Mohd Zuber Salim
Wan Mohd Adib Wan Zain
Mohd Zaradi Bin Su
Mohammad Bin Jusoh
Mohd Sabri Abu Bakar

Untuk Melihat Foto, Sila Ke Laman Blog Pemuda PAS Paka.
posted by Abu Mus'ab @ 8:22 PG   0 comments
NABI SALLEH A.S DAN UNTA DARI BATU KARANG

Nabi Salleh a.s Dan Unta Dari Batu Karang


Nabi Salleh a.s sedar akan tentangan akan kaumnya yang menuntut bukti daripadanya berupa mukjizat itu, adalah bertujuan untuk menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata kaumnya terutama para pengikutnya.

Apabila baginda gagal memenuhi tuntutan tersebut, Nabi Salleh a.s membalas tentangan mereka dengan menuntut janji dari mereka, manakala baginda berhasil mendatangkan mukjizat yang mereka minta, mereka akan meninggalkan agama dan penyembahan mereka dan akan mengikut Nabi Salleh dan beriman kepadanya.

Sesuai dengan permintaan dan petunjuk pemuka-pemuka kaum Tsamud, berdoalah Nabi Salleh a.s memohon kepada Allah agar memberikan suatu mukjizat kebenaran risalahnya dan sekaligus mematahkan perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih degil itu. Ia memohon dari Allah dengan kekuasasan-Nya menciptakan seekor unta betina, dikeluarkannya dari perut sebuah batu karang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit yang mereka tunjuk.

Maka sejurus kemudian, dengan izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta, terbelahlah batu karang yang ditunjuk itu keluar dari perutnya seekor unta betina. Dengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu karang. "Inilah dia unta Allah, janganlah kamu ganggu dan biarkan giliran untuk mendapatkan air minum bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahawa Allah akan menurunkan azab-Nya sekiranya kamu mengganggu binatang ini."

Satu hari, berkeliaranlah unta itu di ladang-ladang memakan rumput sesuka hatinya tanpa mendapat gangguan. Dan di saat giliran minumnya tiba, pergilah unta itu ke sebuah perigi dan minumlah sepuas hatinya. Dan pada hari-hari giliran unta Nabi Salleh a.s datang minum, tiada seekor binatang lain menghampirinya, hal mana menimbulkan rasa tidak senang pada pemilik-pemilik binatang-binatang itu yang makin hari makin merasa bahawa adanya unta Nabi Salleh di tengah-tengah mereka itu merupakan gangguan. Laksana duri yang melintang di dalam kerongkong.

Dengan berhasilnya Nabi Salleh a.s mendatangkan mukjizat yang mereka tuntut, gagallah pemuka kaum Tsamud dalam usahanya menjatuhkan kehormatan dan menghilangkan pengaruh Nabi Salleh, bahkan sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya dan menghilangkan keraguan dari kaumnya. Maka dihasutlah oleh mereka pemilik-pemilik ternak yang merasa jengkel dan tidak senang dengan adanya unta Nabi Salleh yang bermaharajalela di ladang dan kebun-kebun mereka serta ditakuti oleh binatang-binatang peliharaannya.

Apabila kita melihat suasana sekarang ini, keadaan masyarakat Islam di Malaysia khususnya, semakin hari semakin hanyut dibuai khayalan dunia. Sehinggakan sanggup membelakangi petunjuk Allah taala dan ajaran Nabi Muhammad SAW. Bahkan keimanan dan kepercayaan serta keyakinan kian pudar di kalangan hati-hati yang dahulunya hebat dalam perjuangan Islam.

Hari ini, ada yang memandang sinis terhadap Sunnah Nabi SAW, kadang-kadang menghina dan mencerca, hingga akhirnya mengabaikan amalan Sunnah Nabi SAW. Jadi, untuk mendapat keselamatan, ketenteraman dunia dan akhirat, marilah sama-sama kita berpegang teguh, yakin akan isi-isi al-Quran dan ajaran Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barangsiapa segan mengikuti jejak sunnahku, maka tiadalah ia termasuk dalam golonganku." Hadith Riwayat Muslim
posted by Abu Mus'ab @ 7:23 PG   0 comments
UMNO DAN SIS PENAKUT !
Jumaat, Oktober 23, 2009

Wacana Ilmiyyah


Ingat semalam, nak juga pergi ke Wacana Ilmiyyah di IIUM Kuantan. Tetapi memandangkan kebetulan ada Mesyuarat Ulama' PAS Kawasan Dungun. Jadi terpaksa hadir, kerana tarikh tu adalah tarikh saya bersetuju untuk adakan mesyuarat tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya meminta kepada ahli-ahli ILMAM yang berada di Pahang untuk menghadiri Wacana tersebut untuk mewakili saya bagi pihak Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Pusat (ILMAM). Alhamdulillah, syukran jazilan kepada ILMAM Pahang yang sudi hadir ke wacana tersebut. Keinginan yang membuak-buak adalah untuk mengetahui apakah hujah-hujah wakil UMNO dan SIS dalam mempertahankan hujah kebatilan mereka dalam menilai tajuk dalam wacana tersebut iaitu [ Sebat Kerana Arak : Adilkah ? ].

Wacana yang sepatutnya membariskan panel dari UMNO [ Yb. Dato' Safri Abdul Aziz - Exco Agama Negeri Pahang ] , SIS [ Dr. Hamidah Merican ] , Peguam Syarie [ En. najid Husin ] dan PAS [ Nasrudin Hassan ] . Malangnya, apabila menjenguk blog Ust Nasarudin Hassan Tantawi, rupa-rupanya wakil UMNO dan SIS tak hadir. Memang membengkakkan hati dan perasaan. Mereka berdua tak hadir. Tak tahulah apakah alasan mereka. Mungkin takut kot ...

Jadi, dengan berlakunya hal demikian, sampai bilalah masalah ini nak selesai. Saya berpendapat dengan tidak hadirnya kedua-dua ahli panel ini, menampakkan lebih jelas lagi bahawa mereka ini benar-benar berada dalam kebatilan. Tidak mahu berhujjah, berdebat secara ilmiyyah. Bahkan menunjukkan yang mereka tidak mahu menerima kebenaran dan confirm mereka tidak ada sifat berlapang dada dan openminded. Dengan kehadiran peserta yang bilangan tidak terjangka, begitu ramai, menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang ingin melihat kebenaran tertegak di depan mata khususnya UMNO dan SIS sendiri.

Seterusnya, kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian. Sifat berlapang dada dan openminded amat penting dalam diri seseorang yang memegang tapuk kepimpinan. Tak kira samada dia merupakan pemimpin, pemerintah, rakyat, guru, ketua keluarga, suami, ayah dan seumpamanya. Tanpa sifat ini, tak ke mana kita. Untuk memperolehinya, ilmu dan tarbiyyah perlu dijadikan sebagai rutin dalam kehidupan mingguan kita.

posted by Abu Mus'ab @ 9:36 PTG   0 comments
MENGHAFAZ NAMA
Khamis, Oktober 22, 2009

Menghafaz Nama


Menghafal nama adalah hal yang penting, kerana dari sinilah terjadi interaksi dan lahir sifat saling percaya sesama individu. Ia merupakan langkah awal dan benang pertama yang mengikat antara hati individu. Ia adalah benang yang mengikat bola-bola kecil yang berserakan. Setiap orang tentu akan merasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling ia sukai.

Menghafal nama mempunyai peranan yang amat penting. Oleh kerana itu, akan saya paparkan beberapa metode yang dapat membantu permasalahan ini.

1. Hendaklah kita tanamkan rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain.

2. Ketika sedang berkenalan, hendaklah kita siap untuk menghafal namanya — secara lengkap atau sebahagian saja— lalu mengingat-ingat dan memakainya pada saat itu juga tatkala bercakap-cakap.

3. Nama biasanya terdiri dari tiga bahagian: namanya sendiri, nama orang tuanya, dan nama keluarganya. Nama yang paling disukai oleh pemiliknya adalah namanya sendiri atau kuniah-nya. (sebutan nama yang dikaitkan dengan anak laki-laki tertua, seperti Abu Khalid, Ummu Khalid, dan sebagainya). Jika Anda tambahkan pada nama itu nama keluarganya, itu akan lebih baik. Biasanya nama keluarga yang satu dengan yang lain tidak sama, jadi sangat mudah untuk dihafal, seperti As-Siisi. Adapun nama-nama seperti Muhammad, Ali, Hasan, atau Sa'ad akan sangat banyak dijumpai, sehingga agak sulit menghafalnya.

4. Ketika berkenalan dengan nama yang baru, anda harus mengingat orang-orang yang mempunyai nama yang sama —yang telah anda kenal sebelumnya— agar mudah untuk menghafal.

5. Pada waktu berkenalan, anda harus memperhatikan wajah dan keadaannya; apakah dia berjanggut, memakai kaca mata, bagaimana warna kulit, suara, bentuk tubuhnya, pekerjaannya, serta di mana dan bagaimana perkenalan itu berlangsung.

6. Untuk memantapkan ingatan, anda boleh menulis nama-nama tersebut, dan setiap kali bertemu hendaklah anda memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah anda mengirim surat kepadanya, kerana ini mempunyai impak yang amat besar dalam mempererat hubungan anda dengan mereka. Surat menyurat itu sendiri merupakan saranan dalam tarbiyah.

7. Ketika bertemu lagi, anda harus mengingat-ingat pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali, kerana ini dapat membantu anda dalam mengingat namanya dengan cepat.

8. Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi anda untuk berkenalan dengan teman-temannya, hingga anda mempunyai data nama yang amat banyak. Anda pun harus berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala.

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:

"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu disediakan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang laki-laki yang bersama-sama dengan laki-laki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)


Abbas As-Siisi
posted by Abu Mus'ab @ 4:05 PTG   0 comments
BANNER HIMPIT 10K
Selasa, Oktober 20, 2009
Banner HIMPIT 10K

posted by Abu Mus'ab @ 11:35 PTG   0 comments
POSTER HIMPIT 10K
Poster Himpit 10K


Untuk Melihat Lebih Jelas, Sila Klik Di Sini
posted by Abu Mus'ab @ 9:36 PTG   0 comments
SKIM AQIQAH SEMPENA HIMPIT 10K
Skim Aqiqah Sempena Himpit 10K


Kepada Sesiapa Yang Berminat Untuk Menyertai Skim Aqiqah Ini, Sila Rujuk Iklan Di Atas. Untuk Melihat Lebih Jelas, Sila Klik Di Sini.
posted by Abu Mus'ab @ 9:28 PTG   0 comments
ANTARA SABAR DAN MENGELUH
Isnin, Oktober 19, 2009

Antara Sabar Dan Mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya: "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya: "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab: "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya: "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya: "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya: "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab: "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda:

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula: " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
posted by Abu Mus'ab @ 4:26 PTG   0 comments
RESOLUSI IJTIMA' KEPIMPINAN PAS TERENGGANU
Ahad, Oktober 18, 2009


Resolusi Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu


Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009 telah menghasilkan 10 resolusi. Perisytiharan resolusi di akhir ijtima' itu telah dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Resolusi, Dato' Husain Awang.

Resolusi tersebut adalah sebagaimana berikut:-

Menyedari ideologi dan sistem ciptaan manusia telah terbukti mengalami kegagalan, bermula daripada blok komunis, sosialis dan kini diikuti oleh sistem nasionalis dan kapitalis;

Menyedari globalisasi dan liberalisasi tajaan Amerika dan kuasa kuffar menjurus ke arah kezaliman, penindasan dan perhambaan manusia bentuk baru;

Menyedari sejarah telah membuktikan bahawa Islam berjaya mengubah dan membentuk manusia yang sebelumnya jahil, ganas, liar dan zalim sehingga memimpin dunia dan menjadi contoh unggul dalam sejarah kemanusiaan;

Meyakini bahawa PAS telah membuktikan kecemerlangan melakukan perubahan ketika diberi amanah menerajui kerajaan Terengganu pada tahun 1999 - 2004 yang lalu;

Maka Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009 yang bertemakan "Berubah Untuk Kemenangan Islam" yang diadakan pada 27 - 28 Syawwal 1430 bersamaan 16 - 17 Oktober 2009 bertempat di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembek, Manir, Kuala Terengganu membuat ketetapan dengan mengambil langkah-langkah berikut:-

1- Setiap ahli parti mesti menggabungkan diri atau berintima' dalam saf perjuangan PAS Terengganu mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing, di samping terus meningkatkan ilmu agama dan pengetahuan dalam bidang pengurusan organisasi dan pilihan raya.

2- Meningkatkan kesedaran dan pengorbanan kepimpinan dan ahli dalam bentuk pemikiran, masa, tenaga dan harta bagi menjayakan agenda perjuangan mengembalikan pemerintahan Islam di Terengganu.

3- Memperkemaskan pengurusan tarbiyah dan kepimpinan dakwah dan politik dengan lebih tersusun, mantap dan berkesan pada semua peringkat bermula dari peringkat negeri, kawasan dan cawangan termasuk dewan-dewan dan lajnah-lajnah.

4- Dalam usaha memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan parti; keperluan petugas-petugas sepenuh masa perlu ditambah dalam bidang-bidang tertentu; sehubungan itu, usaha memperkuatkan dana/kewangan jamaah perlu dipertingkatkan.

5- Pencapaian semua peringkat organisasi PAS Terengganu perlu diukur dan dimuhasabah dari semasa ke semasa.

6- Semua jentera parti hendaklah mendisiplin dan menyusun semual gerak kerja di semua peringkat agar ia selaras dengan perubahan iklim politik negara dan juga matlamat perubahan yang diperjuangkan.

7- PAS mesti mewujudkan prasarana yang sesuai untuk menyelamatkan generasi muda-mudi agar menjadi pewaris ummah.

8- PAS hendaklah menguasai gerakan massa melalui institusi-institusi masyarakat bagi mendapat pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej, seterusnya mengembalikan 'mood' rakyat untuk menyokong PAS.

9- Merobohkan tembok pemisah antara ahli PAS dengan mad'u dalam program memasyarakatkan PAS bagi meraih sokongan semua pihak.

10- Merayu seluruh rakyat Terengganu untuk bersama PAS membuat perubahan ke arah Islam.
posted by Abu Mus'ab @ 9:22 PG   0 comments
UCAPTAMA IJTIMA' KEPIMPINAN PAS TERENGGANU

Para peserta ijtima’ sekelian, Hari ini kita masih berada di penghujung bulan Syawal, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Minal ‘aiddina wal faaizin, kullu ‘aamin wa antum bikhair. Tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang sedang berjihad di Palestin, Iraq, Afghanistan, Filiphina, Selatan Thailand dan juga saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian di Padang, Sumatera Barat dan lain-lain

Hari Raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dan bagi mereka yang berjihad. Walaupun ribut dan badai melanda bahtera perjuangan, mereka tetap dengan janji dan tidak sekali-kali menukarkannya kepada yang lain. Hal ini telah dikisahkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran;

Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab, mereka menyatakan inilah janji Allah dan RasulNya, benarlah janji Allah dan Rasulnya. Tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah

(Gambar - Presiden PAS merasmikan laman web Baitul muslim..... Untuk gambar-gambar selanjutnya klik Buletionline Blog)

Dalam suasana berhari raya ini juga, kita menyertai Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, di Negeri Sembilan. Suatu pilihan raya kecil yang amat buruk, kotor dan jelek dalam sejarah tanah air. Walaupun BN berbangga dengan kemenangan besar mereka, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa sistem demokrasi di dalam negara ini penuh dengan ugutan, permusuhan, rasuah, kebiadaban dan penipuan oleh UMNO/ BN.

Namun, kita tetap bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang termahal, nikmat yang diberikan hanya kepada orang-orang yang dikasihiNya iaitu nikmat Iman dan Islam. Bahkan bertambah-tambah syukur kita, apabila dipilih oleh Allah menjadi pekerja dan pejuang Islam berhimpun pada hari ini membincangkan tajuk,

“Berubah Untuk Kemenangan Islam”.

2.0 ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

2.1 Islam Agama Fitrah

Islam, agama seluruh para anbiya’ dan mursalin alaihimussalaa tu wassalam semenjak nabi Adam sehingga nabi kita Muhammad SAW adalah ajaran yang sempurna. Ia bukan ciptaan manusia dan juga bukan ciptaan Nabi kita Muhammad SAW sebagaimana yang diistilahkan oleh orientalis Barat sebagai Muhammadanism (agama Muhammad) tetapi ianya adalah daripada Allah Yang Maha Esa dan Maha Agung.

Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika dunia berada dalam kesesatan jahiliyyah (kerosakan aqidah, akhlaq, ekonomi, politik). Penduduk Mekah yang mempunyai Baitullah (Kaabah), telah mensia-siakan ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Rome, tempat berkembangnya ajaran Kristian, telah menjadi kuasa politik yang memperalatkan Kristian untuk kepentingan segelintir manusia.

Parsi, negeri yang maju dari segi aspek kebendaan tetapi penduduknya menyembah api di samping berpegang dengan falsafah Zoroaster. China, penduduknya beragama Budha, Lotze dan Confutze yang mengabdikan diri sesama makhluk. India, negeri yang dibanjiri oleh dewa-dewi yang disembah oleh penganut Hindu. Tidak kurang juga apa yang dilakukan oleh penduduk Asia Tengah dan Timur Jauh yang syirik dan terkapai-kapai dalam kegelapan.


Islam di bawah pimpinan Muhammad SAW, Nabi terakhir memimpin manusia secara fitrah. Lihatlah bagaimana hebatnya wahyu pertama yang diturunkan dalam surah Al-Alaq, ayat 1-5:


“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Islam mengajak manusia mengenal penciptanya, agar mereka mengenal tujuan hidup dan tempat mereka akan kembali di penghujung hayat mereka.

2.2 Islam Merubah Wajah Dunia

Sirah menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar berlegar di dalam masjid sahaja. Ianya di sampaikan disegenap penjuru dunia. Setelah berjaya melahirkan peribadi Muslim, keluarga Muslim, masyarakat dan negara Islam di al-Madinah al-Munawwarah. Rasulullah mengembangkan Islam dengan menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin yang berada di sekeliling Madinah selepas mengadakan perjanjian Hudaibiyah.

Surat-surat dihantar kepada Najasyi (Raja) Habsyah, al-Muqauqis Raja Mesir, Kisra Raja Parsi, Heraqla (Hercules) Raja Rome, pemimpin Bahrain Al-Munzir bin Sawi, pemerintah Yamamah Hauzah bin ‘Ali, pemerintah Damsyik al-Harith bin Abi Syamar dan juga Raja Oman. Kepada Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah Rasulullah SAW menulis surat dengan susunan ayat-ayat berikut :-


"
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Rasulullah SAW kepada Hauzah bin Ali, selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Ketahuilah bahawa sesungguhnya agamaku akan mencapai kemenangan sehingga kepenghabisan sampainya kuku unta dan kuda. Maka dengan Islamlah nescaya kamu selamat, dan aku jadikan (pertanggungjawabkan) untuk mu apa yang telah ada di bawah tangan (kekuasaan) mu.”

2.3 Sistem Ciptaan Manusia Pasti Tumbang

Manusia mencipta sistem-sistem bagi mengurus kehidupan mereka. Sistem ini menemui kegagalan kerana ianya menolak aqidah, syariat dan akhlak yang mulia. Ianya tidak mempunyai piawaian yang mutlak tetapi bersifat anjal mengikut ketentuan masyarakat. Marilah kita melihat bagaimana salah satu sistem ciptaan manusia, iaitu sistem ekonomi. Sistem ini sedang mengalami keruntuhan yang menakutkan kuasa-kuasa besar dunia.

Sistem ekonomi kapitalis (perusahan bebas), sosialis (mengembalikan kuasa ekonomi dari Borjuis (kapitalis) kepada golongan Proliter (petani dan buruh), komunis (mengembalikan kuasa ekonomi kepada proliter secara demokrasi dan sederhana) tidak dapat menandingi sistem ekonomi Islam yang dikenali sebagai muamalat kerana ianya berdasarkan wahyu Ilahi bermatlamat mencari keredhaan Allah, meletakan harta hak mutlak Allah dan aktiviti perekonomian adalah ibadat.

Cerdik pandai dalam pelbagai bidang sedang menjenguk kepada kehebatan syariat Islam setelah teori-teori ciptaan barat sudah tidak dapat bertahan lagi. Islam membaiki kefasadan ini sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Saidina Umar yang sempat hidup di era jahiliyah dalam ucapannya yang terkenal :-


“ Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari selain daripada Islam untuk mendapatkan kemuliaan, nescaya kita mendapat kehinaan”


Abad ke-21 menyaksikan bagaimana kekuatan peradaban manusia dicabar oleh zaman. Kemusnahan blok Komunis dari segi geopolitik, ekonomi dan budaya menjadi bukti bahawa ideologi yang tidak bertunjang kepada Islam akan berakhir dengan kegagalan. Blok kapitalis juga tidak dapat diteladani kerana ianya tidak berteraskan nilai-nilai positif. Kehebatan Amerika dan Eropah juga makin meluntur dan tidak dapat lagi dibuat panduan.

Dalam keadaan meraba-raba ini, kita mesti memberi keyakinan kepada dunia bahawa ubat yang paling mujarab untuk membaiki penyakit jahiliyah abad 21 ini hanya kembali kepada Islam. Firman Allah:

“Allah menjadi wali kepada orang-orang beriman dan
mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan kekufuran, syak serta ragu-ragu kepada cahaya kebenaran yang jelas dan menerangkan dengan mudah dan senang. Sedangkan orang-orang kafir yang menjadi wali atau pelindung mereka adalah syaitan yang menghiasi mereka dengan kejahilan dan kesesatan. Mereka mengeluarkan orang-orang kafir dari jalan kebenaran kepada kekufuran dan pendustaan. Mereka itulah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya”.

3.0 MENILAI PERMASALAHAN

Perkara pertama yang mesti dilakukan dalam melaksanakan agenda perubahan ialah memahami permasalahan. Terdapat faktor luaran dan faktor dalaman yang menyebabkan adanya masalah dan halangan kepada usaha PAS untuk melaksanakan perubahan. Justeru faktor-faktor ini patut dianalisa agar kita dapat merumuskan cara-cara penyelesaian yang terbaik dalam usaha melakukan perubahan untuk kemenangan Islam.
3.1 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Luaran.

Musuh-musuh Islam yang dipimpin oleh Amerika dan Yahudi bersama dengan North Atlantic Trity Organization (NATO) terus menerus menunjukkan permusuhannya ke atas umat Islam dengan melabelkan umat Islam sebagai pengganas. Mereka berusaha menyemai perasaan benci masyarakat dunia kepada Islam dengan harapan Islam - yang semakin berkembang dengan pesat termasuklah dalam negara mereka sendiri - dapat disekat dan dihancurkan.

Dasar negara kita yang sekular dengan mengasingkan antara agama dengan kehidupan dunia terutamanya mengenai penyiaran dan hiburan merupakan punca kepada kebejatan sosial dan jenayah yang makin membarah pada hari ini.
UMNO pula sebagai parti yang menganut faham liberal tidak berhenti daripada melebarkan kejahilan dan salah faham terhadap Islam dalam masyarakat.

Mereka sebagai golongan yang memerintah tidak berusaha memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam dan syariatnya bahkan mereka hanya memejamkan mata walaupun berlakunya kecelaruan dalam pelaksanaan undang-undang Islam yang diwartakan sendiri oleh mereka sebagaimana dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarno di Pahang.

Demokrasi yang dilaksanakan kini penuh dengan kepincangan dan ketidakadilan. Ciri-ciri demokrasi yang sebenar sudah tiada. Maklumat melalui media yang sepatutnya adil kepada semua pihak hanya menyiarkan maklumat untuk sebelah pihak sahaja. Jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah jentera tersebut bukan lagi milik kerajaan tetapi milik parti yang memerintah. Perhimpunan aman yang sepatutnya menjadi hak dan kebebasan yang dijamin dalam perlembagaan disekat dengan memperalatkan pasukan keselamatan. Bahkan boleh kita katakan, aspek pelaksaan demokrasi oleh negara-negara bukan Islam yang memusuhi Islam lebih baik berbanding dengan negara kita yang diperintah oleh orang Islam sendiri.

3.2 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Dalaman.

Kita telah menyaksikan perjalanan abad-abad silam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Semakin jauh kehidupan dengan Baginda semakin tercabarlah pula kehidupan umatnya. 14 abad telah berlalu. Gerakan dan parti Islam seperti PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan, melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa. Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya ;

Pertama : Adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi?

Kedua : Adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah?

Ketiga : Adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawannya?

Persoalan-persoalan di atas memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan sekalian merasa kekurangan di dalam perkara-perkara yang dibincangkan ini tetapi saya juga yakin bahawa tuan puan tidak merasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk berdepan dengan mereka yang menentang kita terutamanya musuh tradisi politik kita dari kalangan UMNO dan BN.

4.0 MENITI PERUBAHAN


4.1 Memahami Fikrah Perubahan

Islam sebagai addin yang sempurna menawarkan kepada seluruh manusia jaminan keselamatan di dunia dan di akhirat melalui suatu proses perubahan hidup dari jahiliyyah kepada Islam. Proses ini bermula dengan keyakinan seseorang bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya. Iaitu suatu proses perubahan yang menggarap dan menjawab persoalan besar manusia yang berakal; dari mana datangnya, kenapa berada di persada dunia ini dan ke mana akhirnya.

Sebagai agama yang syumul, Islam merupakan suatu sistem yang lengkap merangkumi hubungan hamba dengan Allah dan hubungan dengan makhluk. Ia dianuti dan dihayati sebagai sebuah cara hidup yang merangkumi pelbagai bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan, pemikiran (falsafah), dan kesenian yang berpaksikan kepada aqidah tauhid. Adalah suatu tugas yang besar untuk menjayakan perubahan menyeluruh seperti ini. Namun, Rasulullah S.A.W telah diutuskan sebagai pelengkap dan penyudah kepada sekalian para nabi dan Rasul dengan membawa bimbingan ilahi, dengan wahyu al-Quran dan pimpinannya yang dipimpin terus oleh Allah SWT telah berjaya mengubah masyarakat jahiliyyah Mekah dan Madinah serta sekitarnya meninggalkan sistem-sistem yang gasar seterusnya menggantikannya dengan sistem Islam.

Hari ini kita bercakap untuk berubah bagi kemenangan Islam. Kerana Islam mesti memimpin. Allah SWT telah memberikan panduannya yang nyata melalui ayat 11 surah al-Ra’d:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri”

Kebanyakkan ulama yang mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan mendatangkan azab dan bala bencana melainkan manusia itu sendiri yang berubah daripada keimanan dan ketaatan kepada kekufuran dan kemaksiatan.

Al Ka’bi Rahimahullah berkata: ‘Sesungguhnya kesemua ayat menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memulakan sesuatu azab dan bala’ bencana. Beliau mengemukakan beberapa ayat. Di antaranya ialah ayat di atas.

Qatadah ibnu Dua’mah, seorang tabi’in besar, salah seorang anak murid kepada Abdullah Ibnu Abbas berkata ‘Selepas membaca ayat tersebut: Sesungguhnya datangnya perubahan daripada manusia dan permudahan daripada Allah, maka janganlah kamu mengubah nikmat-nikmat Allah pada kamu’.

Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh. Akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri.

4.1.1 PAS mesti menjadi sebuah parti politik dan gerakan Islam yang disegani

Perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita. Keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan. Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam.

Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO kini semakin hampir kepada zaman kejatuhannya sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya contohnya Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana UMNO dan BN di Malaysia. Golongan yang jatuh ini akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat. Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu (government in waiting).

4.1.2 Jaminan hidup aman untuk generasi akan datang

Keruntuhan moral dan akhlak pada hari ini telah membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Inilah dia kesan buruk yang diakibatkan oleh sistem pemerintahan yang tidak mengambil kira pelaksanaan syariat serta persoalan dosa dan pahala. Sekiranya perubahan yang kita inginkan itu berlaku iaitu dengan menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah, sudah pasti kehidupan yang aman dan sejahtera akan dinikmati oleh generasi yang akan datang.

4.2 Menguruskan perubahan

Dengan menyedari hakikat kekurangan dan kelemahan kita walaupun tanpa menyenaraikannya, marilah kita berusaha menguruskan suatu perubahan ke arah mencapai cita-cita murni iaitu kemenangan Islam.

4.2.1
Setiap ahli mesti menggabungkan diri dan berintima’ dalam saf perjuangan. Dengan intima’ ini kita menjadi orang-orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembangan yang berlaku seperti fiman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4. Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggungjawab fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

4.2.2
Keperluan PAS menguruskan agenda tarbiyyah dengan lebih mantap dan kesedaran sebenar ahli kepada kepentingan tarbiyyah harakiyyah dalam keimanan, keilmuan, kemasyarakatan dan kecergasan.

4.2.3
Peranan Organisasi PAS daripada atas hingga ke bawah dan peranan dewan-dewan (ulama’, Pemuda dan muslimat) serta sayap-sayap organisasi parti yang terdiri dari lajnah-lajnah semua peringkat hendaklah digaris pandukan pencapaiannya oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Latihan-latihan kepada petugas dilakukan secara terus menerus sementara kepentingan perkaderan pelapis diberikan perhatian. PAS juga memerlukan skim pembangunan sukarelawan atau pekerja sukarela dalam pelbagai bidang, agar mereka dapat membantu parti secara terus menerus atau apabila diperlukan.

4.2.4
Keperluan berdakwah ke seluruh negara dalam konteksnya yang munasabah bagi PAS. Orang Melayu sendiri perlu disedarkan dan dibimbing dengan ajaran Islam yang syumul. Mereka adalah mad’u yang terdekat dengan PAS.

4.2.5
Meningkatkan pengorbanan ahli dalam semua sudut (intelektual, harta, masa dan tenaga)

4.2.6
Membina pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej seterusnya mengembalikan mood rakyat untuk menyokong PAS melalui program-program kemasyarakatan.

4.2.7
Memperluaskan penggunaan media baru

4.2.8
Merancang penguasaan gerakan PAS dalam masyarakat dan memikirkan cara-cara yang baik bagi memungkinkan PAS memimpin masyarakat.

4.2.9
Menguruskan badan-badan dan institusi-institusi parti seperti Nisa’, Waja dan PASTI.

4.2.10
Muda-mudi adalah harapan jamaah dalam melahirkan Generasi Rabbani. Mereka hendaklah dilihat dengan penuh kasih sayang dan dibimbing dengan hikmah dan kebijaksanaan. Sesungguhnya kerajaan UMNO/BN tidak mampu lagi untuk memimpin mereka dan menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk mereka. Dasar-dasar penyiaran, kebudayaan dan sukan; filem-filem yang ditayangkan, majalah-majalah dan lebih-lebih lagi pusat-pusat hiburan menjadi alat perniagaan yang penyakitnya membarah ke dalam masyarakat. Jenayah arak, dadah, persundalan, pergaulan bebas tanpa batasan agama dan budaya hidup berpeleseran adalah wajah muda-mudi hari ini. PAS mesti bertindak segera merubah suasana menyelamatkan generasi muda agar menjadi pewaris ummah dan tanah air pada masa hadapan.

4.2.11
Kewujudan kepimpinan pemuda PAS di peringkat negeri hingga cawangan adalah bagi menjamin kesinambungan perjuangan ini dan mengembangkan pengaruh Pas kepada orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang budaya. Kepimpinan pemuda mestilah berusaha melahirkan pemuda berilmu, beriman, berketerampilan dan kuat semangat. Meramaikan naqib muda bagi mengendalikan usrah remaja terutama dari kalangan anak-anak ahli Pas perlulah diagendakan supaya kewujudan keluarga muslim terbina dengan terancang. Aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang menjadi jambatan penghubung dengan warga muda perlu diurus dengan bijaksana tanpa melangkau batasan syariah.

4.3 Natijah Perubahan

Alhamdulillah, hasil daripada polisi memasyarakatkan PAS, Membangun Bersama Islam dan PAS untuk semua, kita telah berjaya memerintah pada tahun 1999 – 2004 dan seterusnya mengembangkan pengaruh PAS dalam pilihan raya 2004 dan 2008.

Mari kita mengimbas sejenak hasil daripada perubahan yang berlaku untuk kita menilai kepentingan perjuangan kita bagi memenangkan Islam dan menjadikannya berkuasa ke atas negeri Terengganu Darul Iman.

4.3.1 Hasil daripada pemerintahan PAS / BA. Diantaranya ialah:

a) Perubahan ke arah Pelaksanaan Syariat lslam.

Kerajaan PAS / BA telah membuat perubahan ke arah pelaksanaan Syariat Islam kerana PAS yakin asas penting pegangan sesebuah pemerintahan ialah melaksanakan syariat Allah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dipinda dan tujuh enakmen telah diluluskan. Pindaan perlembagaan negeri dibuat dengan meletakkan AI-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber undang-undang dan rujukan tertinggi. Sementara enakmen yang diluluskan ialah enakmen, hisbah, enakmen pentadbiran hal-ehwal agama lslam (Terengganu) 1422H/ 2001 M), enakmen mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, enakmen kesalahan jenayah syariah(Takzir ) ( Terengganu) 2001 dan enakman tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Enakman kesalahan jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ) Terengganu 1423H/ 2003 M).

b) Perubahan dan Pembangunan dalam Pentadbiran Kerajaan

Pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa bersama duduk semeja dengan Menteri Besar dan EXCO kerajaan bagi merangka dasar dan polisi kerajaan. Hal seperti ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Begitu juga dengan dasar kewangan, amalan riba telah ditinggalkan. Pegawai dan kakitangan kerajaan diajak bersama-sama menjalankan tugas sebagai suatu ibadat untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

c) Pembangunan ekonomi, Kebajikan dan pembahagian kekayaan adalah untuk rakyat.

Dasar-dasar pembangunan ekonomi, perindustrian, pertanian, sosial, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, pembangunan belia dan lain-lain telah dirangka. Walaupun tanpa royalti, projek-projek pembangunan berasaskan kepada sumber-sumber tempatan seperti sumber perkayuan, sumber mineral, pembangunan tanah untuk pertanian bahkan pembangunan rumah mampu milik dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan PAS juga melaksanakan kebajikan kepada rakyat dengan menganugerahkan tanah, menambah bantuan kebajikan, menambah bantuan imam bilal, cukai rumah kediaman dan tol juga telah dihapuskan dan lain-lain.

d) Pembangunan pendidikan dan dakwah Islamiyyah

Kita telah berjaya mengemukakan pelan pembangunan dan program pendidikan yang komprehensif daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Kita berbangga dengan program Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) sehingga kepada kerjasama KUSZA dengan universiti luar. Begitu juga dengan program tarbiyyah, dakwah, amar ma’ruf dan nahi mungkar serta Hisbah

4.3.2 Sebaliknya, natijah daripada kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke-11 (2004) telah mendatangkan banyak kerosakan kepada negeri dan rakyat. Kenyataan ini boleh dilihat contohnya daripada aspek-aspek berikut;

a) Pentadbiran negeri menjadi terumbang-ambing apabila kakitangan kerajaan diintip dengan CCTV dan ditekan dengan pelbagai peraturan. Di peringkat kampung, amalan pilih kasih dan mengutamakan suku-sakat menjadi amalan biasa JKKK.


b) Keadaan akhlak generasi muda dan pelajar amat membimbangkan. Ramai pelajar yang terlibat dengan penagihan dadah (pil kuda) dan salah laku seks serta gejala sosial. Kejadian jenayah meningkat dan keruntuhan budi pekerti remaja, pemuda dan pemudi menjadi-jadi. Kegiatan ’menogok’ arak dan judi, telah mula menjadi ’nadi’ kehidupan kota Kuala Terengganu dan bandar-bandar lain

c) Pengurusan Ekonomi dan pembangunan negeri dimonopoli oleh kroni. Pengangguran meningkat, kemiskinan rakyat Terengganu kembali ke tangga utama, rakyat marhaen yang dibela, dianugerah tanah oleh kerajaan PAS, dirampas dan dihina.

d) Terengganu kehilangan pusat pendidikan agama dengan penutupan KUSZA. Anak-anak pintar dari jurusan agama yang ingin melanjutkan pelajaran disekat bantuan dan biasiswa. Sedangkan anak-anak Exco mendapat bantuan biasiswa percuma. Dengan menyedari hakikat, betapa kuasa pemerintahan memainkan peranan untuk menegakkan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar, maka usaha menguruskan perubahan dengan serius dan sistematik mestilah diambil sebagai kewajipan yang sebenar-benarnya di semua peringkat. InsyaAllah, setiap kita yang hadir di dalam perhimpunan ini mampu menjawab bagaimana melaksanakannya.

Marilah kita bercita-cita melakukan perubahan untuk kemenangan Islam agar suasana seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W kembali ke Negeri Terengganu Darul Iman:

“Demi Allah, pasti Allah akan menyempurnakan agama ini sehingga seorang yang berjalan dari Sana’ ke Hadharal Maut, tidak merasa takut melainkan kepada Allah dan hanya bimbang kepada serigala yang akan menangkap kambingnya.”

5.0 PENUTUP

Adalah menjadi tanggungjawab kita disemua peringkat meletakan diri kita berdasarkan kelebihan dan kepakaran masing-masing yang dikurniakan oleh Allah untuk sama-sama merapatkan saf perjuangan serta menjana kekuatan parti dan menempatkannya di persada dunia: bersaing dalam arena politik bagi menguasai Malaysia Negara tercinta. Sesungguhnya kita semua adalah mujahidin Ummah. Kita mesti bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni ini. Kenapa tidak?... Allah telah menjamin bahawa kemenangan ini bersama-sama kita seperti yang termaktub di dalam firmannya:

“ Adalah menjadi hak Kami membantu orang-orang yang beriman”

Justeru itu, berusahalah melaksanakan segala perintahNya pada setiap masa, berjuang untuk melaksanakan perintahNya yang belum dilaksanakan lagi dan meninggalkan segala laranganNya. Dia memerintahkan kita untuk mencari jalan bagi mencapai kemenangan Islam. Kita memilih perjuangan secara damai (pilihan raya) sebagai wasilah untuk mendapatkan kekuasaan bagi melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Kita memohon kepadaNya agar terus istiqamah berjuang menegakkan agama ini, walau apapun mehnah dan fitnah kerana jaminannya:

“Sekiranya engkau menolong Agama Allah, Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu”

InsyaAllah kita akan terus memacu kehadapan dengan penuh izzah dan taqwa kepada Allah S.W.T. dan mendapat keredhaan Allah serta syurgaNya. Samada kita mencapai kemenangan, atau kita syahid di jalannya.

Akhirnya dengan lafaz saya rasmikan ijtima Kepimpinan Negeri Terengganu kali ke 13 dan saya doakan ijtima’ ini mendapat keberkatan sepanjang perjalanannya

posted by Abu Mus'ab @ 9:18 PG   0 comments
IJTIMA' KEPIMPINAN PAS NEGERI TERENGGANU
Jumaat, Oktober 16, 2009
Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009


Semua Muslimin / Muslimat Dijemput Hadir

posted by Abu Mus'ab @ 2:27 PTG   0 comments
JUBLI PERAK PASTI TERENGGANU
Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu


Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Di Sini
posted by Abu Mus'ab @ 2:19 PTG   0 comments
JADIKAN USRAH AGENDA UTAMA
Khamis, Oktober 15, 2009



Jadikan Usrah Agenda Utama


Tahniah dan syabas kepada Lujnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat di atas kejayaan menerbitkan Buku Manhaj Usrah PAS 2 sebagai lanjutan daripada Buku Manhaj Usrah PAS 1.

Berikutan dengan penerbitan Manhaj Usrah PAS 2 dan Manhaj Usrah PAS 1 sebelumnya, adalah dicadangkan agar PAS Pusat melalui Lujnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan mengarahkan semua cawangan PAS di seluruh negara agar melaksanakan aktiviti usrah di peringkat cawangan masing-masing dengan menjadikan buku berkenaan sebagai teks usrah.

Tindakan terus membiarkan cawangan untuk memilih sama ada melaksanakan atau tidak melaksanakan usrah, tanpa sebarang arahan yang tegas apatah lagi pemantauan daripada kepimpinan parti, sebagaimana yang berlaku sehingga kini, tidak akan memberikan makna yang besar kepada kehadiran buku-buku berkenaan, apatah lagi kepada usaha menyerlahkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Lebih daripada itu, perlu diingat dan disedari, tuntutan melaksanakan aktiviti usrah semakin mendesak dalam suasana dan keadaan parti dan jamaah yang kita cintai ini kian diminati dan kini telah bersifat sebagai sebuah kerajaan menanti. Pengabaian kita khususnya pimpinan jamaah/parti terhadap tuntutan ini akan meletakkan jamaah dan parti dalam keadaan penuh ketempangan di sana sini.

Lawatilah cawangan-cawangan PAS di seluruh negara, kita akan dapati cawangan-cawangan PAS, bagaikan, hidup segan mati tak mahu, hidup dan kelihatan ada semasa musim pilihanraya dan hilang (mati) entah ke mana di luar musim pilihanraya. Segalanya berpunca daripada tiadanya mekanisme dan medan yang berkala sifatnya, yang mampu menggerakkan cawangan.

Dampingilah ahli-ahli PAS cawangan di seluruh negara, kita akan dapati betapa longgarnya hubungan persaudaraan sesama kita walaupun berada di dalam satu jamaah di satu cawangan yang sama. Terkadang tidak terasa di benak kita bahawa kita diikat dan terikat oleh jamaah/parti yang sama, yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. Segalanya berpunya daripada tiadanya medan pertemuan di atas nama jamaah/parti yang boleh mengikat hati dan memesrakan diri sesama kita.

Sorotilah pemikiran ahli-ahli PAS cawangan di seluruh negara, kita akan dapati rencamnya bentuk pemikiran ahli-ahli kita, hatta dalam perkara yang kita sepatutnya tidak berbeza pendapat/pemikiran. Lebih menyedihkan, di kalangan kita ada yang buntu dan tidak tahu bila di tanya pandangan tentang isu-isu yang sering diperkatakan oleh pimpinan jamaah dan parti seperti negara Islam, hudud, Islam Hadhari dan seumpamanya. Segalanya berpunca daripada tiadanya medan pengisian ilmu haraki/ politik Islam secara tersusun yang boleh menyatukan fikrah/pemikiran ahli-ahli kita.

Pendek dan tegasnya, demi menggerakkan cawangan PAS di seluruh negara, mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama kita, menyatukan pemikiran ahli-ahli kita, kita wajib mengorak langkah menjadikan usrah sebagai agenda dan aktiviti utama jamaah dan parti bermula dari peringkatnya yang paling asas iaitu cawangan. Biarlah di peringkat permulaan ini, ahli-ahli PAS cawangan boleh dikumpulkan di atas nama jamaah/parti dengan sedikit pengisian ilmu haraki/politik Islam (yang tidak dibincangkan di surau/masjid) oleh naqib-naqib/pimpinan kita dengan kekerapan paling minimum sebulan sekali.

Ummu Mus'ab
posted by Abu Mus'ab @ 5:43 PTG   0 comments
TUGAS KITA
Rabu, Oktober 14, 2009

Tugas Kita


Dalam memberikan arahan (taujih) tentang tugas dakwah, al-Marhum al-Imam Syahid Hasan Al-Banna memberikan perumpamaan dengan perkataannya:

"Di setiap kota terdapat pusat pembahagian tenaga elektrik. Para pegawai elektrik memasang pencawangnya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu aliran elektrik masuk ke pejabat-pejabat, rumah-rumah, dan tempat-tempat lain. Jika aliran elektrik tersebut kita matikan dari pusat pembahagiannya, nescaya seluruh penjuru kota akan gelap-gelita. Padahal saat itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pembahagian elektrik, cuma tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan."

Demikianlah, Allah swt. telah menurunkan Al Qur'an Al-Karim kepada kita, dan dialah sebesar-besar yang memiliki kekuatan dalam kehidupan ini. Allah swt. berfirman yang bermaksud: "Sesunggubnya telah datang kepada kamu semua cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maidah: 15-16)

Begitu pula dengan Al-Qur'an Al-Karim, ia adalah pusat pencetus "tenaga" bagi kaum muslimin, tetapi sumber kekuatan itu kini sengaja dibiarkan oleh kaum muslimin sendiri, sehingga hati mereka menjadi gelap dan kehidupan mereka pun menjadi rosak.

Tugas kita sebagai da'i adalah seperti tugas para pegawai elektrik, mengalirkan kekuatan ini dan sumbernya ke setiap hati orang-orang muslim agar senantiasa bersinar dan menerangi sekelilingnya. Allah swt. berfirman yang bermaksud: "Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, sama dengan keadaan orang yang berada dalam gelap-gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (Al-An'am: 122)

Tatkala Anda ingin memikat hati mad'u, Anda harus ingat bahwa Anda adalah seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala Anda berdakwah, Anda harus ingat bahwa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka Anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya.

Abbas As-Siisi
posted by Abu Mus'ab @ 4:11 PTG   1 comments
PERBUALAN ANTARA RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS

Perbualan Antara Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah


Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang di tangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w: "Siapakah kamu ini ?"

Orang tua itu menjawab: "Aku adalah iblis."

"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"

Orang tua itu menjawab: "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya: "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab: "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi: "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

Sesungguhnya keberkatan dan kerahmatan itu berada di kalangan mereka yang kasih kepada Allah, benci kepada iblis...
posted by Abu Mus'ab @ 3:26 PTG   0 comments
BAGAN PINANG
Selasa, Oktober 13, 2009

Bagan Pinang


TELUK KEMANG; Memang kekalahan PAS dalam PRK Bagan Pinang telah diduga. Tetapi tidaklah dijangka sampai tahap ini. Ingat nak post artikel sebelum naik offshoare lagi, tapi tak sempat. Kerana terlampau letih.

Dengan kemenangan UMNO ini sememang cukup membuktikan bahawa tindakan jijik dan mainan kotor telah berjaya menakutkan semua pengundi di Bagan Pinang. Saya berkebetulan sempat membawa Perayu Undi di kalangan muslimat PAS di UPU Teluk Kemang ke rumah sasaran. Pada waktu paginya di rumah orang Melayu manakala di waktu petangnya di rumah orang Cina.

Menyentuh hal respon, confirm orang Melayu kat Teluk Kemang ni 'Penakut', sampai tahap tidak mahu membuka pintu untuk menerima kunjungan kami. Ada satu rumah itu, memek muka berubah menjadi bengis apabila melihat kami datang. Kenapa tak nya... Rupa-rupanya ada 'anjing-anjing' UMNO sedang memerhatikan mereka daripada jauh. Takut tak dapat duit bantuan dan seumpamanya. Satu makcik tu menyebut dengan perasaan bangga; "Dalam rumah makcik ada 10 orang pengundi UMNO, semuanya anak-beranak makcik".

Manakala orang Cina menerima dengan hati yang terbuka. Sungguh banyak taktik kotor UMNO dalam PRK kali ini. Tak perlu saya sebutkan di sini, rasanya sahabat-sahabat dah sedia maklum.

Ingatkan zaman yang penuh dengan teknologi canggih hari ini, masjid ada, surau ada, dah takda orang yang berbangga kerana dia sokong UMNO, rupanya ada lagi. Yer, ini mungkin pemahaman agama di kalangan penduduk kampung amat tipis, sehinggakan tidak tahu membezakan yang mana baik atau jahat. Ini tak lain tak bukan, ni adalah silap kerajaan UMNO/ BN yang ada hari ini. Pemimpin mereka amat berdosa besar, bahkan sesungguhnya mereka telah kufur.

Habis, jalan penyelesaiannya. Harapan saya selaku Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Pusat kepada pelajar lepasan al-Azhar yang bekerja, yang tinggal, yang dah kahwin, agar memberi kefahaman yang sesungguhnya tentang Aqidah Islam ini kepada penduduk Bagan Pinang ini khusunya dan semua penduduk di Negeri Sembilan amnya. Ini adalah tanggungjawab anda semua. Ini adalah Amanah anda semua.

Saya melihat ramai lagi yang tidak faham akan Islam ini. Yang mereka hanya tahu adalah Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Terus terang saya katakan, bagi mereka yang tahu akan hakikat Islam yang sebenarnya, tetapi mereka buat-buat lupa, mereka takut hilang kerjaya, maka sesungguhnya Ibadat Puasa yang telah mereka kerjakan sebelum ini sia-sia sahaja.

Akhirnya, marilah kita sama-sama bekerja untuk kepentingan Islam, bukan kerja semata-mata untuk mengkayakan diri, dan seumpamanya. Wallahu a'lam.

posted by Abu Mus'ab @ 3:58 PTG   0 comments
SHARAF '09

SHARAF '09

PAKA; Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Dun Paka 2009 (SHARAF '09) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Syawal 1430 H bersamaan 10 Oktober 2009. Program ini diadakan bertempat bersebelahan Paka Publication, berhampiran dengan BSN Paka.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Saiful Bahri bin Mamat. Turut hadir dalam program tersebut adalah pimpinan PAS Kawasan Dungun. Program ini bermula jam 12 tengahari dan berakhir sekitar jam 03 petang. Untuk melihat foto selanjutnya, sila ke laman blog Pemuda PAS Paka.



posted by Abu Mus'ab @ 3:14 PTG   0 comments
PETUGAS PAS DITETAK PENYOKONG BN?
Khamis, Oktober 08, 2009

Petugas PAS Ditetak Penyokong BN?

Beberapa petugas PAS di Bagan Pinang diserang sekumpulan lelaki, yang didakwa berpakaian dengan lambang BN, sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian awal pagi ini.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal menyerbu dan menceroboh markas induk Dewan Pemuda PAS dan menumbuk petugas yang berada di situ, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.net.

"Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut. Selain ditumbuk, ke semua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu," laporan itu dipetik. Ramai lagi petugas PAS dipukul, lapor akhbar web itu lagi, malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Sekeping foto yang menunjukkan seorang petugas, yang tidak dinamakan, berdarah dikepala dan baju merahnya koyak di bahagian belakang, dilaporkan ditetak dalam serangan tersebut.

Pemuda PAS berhasrat membuat aduan polis jam 6 petang ini di balai polis Port Dickson. "Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. "Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," ketua dewan itu Nasaruddin Hassan dipetik berkata.

Nampaknya sekarang, UMNO dah berani menyentuh tubuh badan orang PAS, rasanya lama dah mereka tak berbuat hal di atas. Sekaligus bermula hari ini, dah oleh kerana dah ada orang yang telah menjolok sarang tebuan, maka terpaksalah kene bertindak. Takpa, kita sama-sama nantikan apa yang akan berlaku selepas ini. Harapan kepada anjing-anjing UMNO, jangan menyesal selepas ini...
posted by Abu Mus'ab @ 3:30 PTG   0 comments
RISALAH DAKWAH GEGAR

Risalah Dakwah Gegar

DUNGUN: Edaran Risalah Dakwah Gegar sempena Membantah Konsert Gegaria Metro akan diadakan pada hari ini (Khamis) jam 05.30 petang di Pasar Malam Dungun. Edaran ini melibatkan semua kepimpinan Pemuda di semua peringkat.

Sesungguhnya dengan berlangsungnya Konsert ini, akan menambahkan lagi kemarahan Allah taala terhadap hamba-hambaNya disebabkan wujudnya gejala sosial yang melampaui batas. Sama-samalah kita hadir untuk memberikan 'Saham' Jihad Fi Sabilillah...


Sila Klik Di Sini dan Di Sini Untuk Melihat Risalah Tersebut

posted by Abu Mus'ab @ 9:32 PG   0 comments
SURAT BANTAHAN KONSERT GEGARIA METRO

Surat Bantahan Konsert Gegaria Metro

19 Syawal 1430
08hb Oktober 2009

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Dungun,
23000 Dungun.
Terengganu.

Tuan,

BANTAHAN KONSERT SEMPENA KARNIVAL GEGARIA METRO 09’

Salam hormat. Pihak kami telah dimaklumkan bahawa pada 9 & 10 Oktober 2009 pihak Harian Metro dengan kerjasama pihak tuan akan mengadakan program tersebut di Dataran Dewan Merdeka Daerah Dungun. Pihak kami dimaklumkan terdapat beberapa acara seperti Band Metro, Gadis Metro, Metro Idol dan banyak lagi aktiviti yang melangkaui tatasusila akhlak dan adab Islam serta melanggari tatasusila masyarakat Melayu yang akan diadakan pada tarikh tersebut.

Dengan ini, Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun bersama beberapa badan NGO’s mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju dengan program yang akan diadakan tersebut berdasarkan beberapa sebab berikut ;

1. Acara yang akan dilangsungkan dengan jelas melibatkan gadis-gadis dan remaja yang tidak menutup aurat malah ditayangkan kepada masyarakat tempatan, percampuran antara lelaki dan perempuan yang sudah tentu akan mengundang kepada berlakunya gejala kurang sihat seperti seks bebas, rogol, kecurian, minuman keras dan sebagainya. Ini merupakan satu contoh akhlak yang buruk dan bertentangan dengan seruan Kerajaan untuk melahirkan masyarakat ‘Ulul Albab’ dan Islam Hadhari yang dilaungkan.

2. Lokasi yang berhampiran dengan Masjid, surau – surau di sekelilingnya, Pejabat Agama Daerah Dungun, kawasan Perumahan Kg. Molek , Tanah Lot dan lain – lain yang bakal mengundang rasa tidak selesa, biadap, ‘parking’, gangguan bunyi, privasi penduduk setempat dan lebih-lebih lagi sekarang pelajar tingkatan tiga sedang menduduki peperiksaan PMR.

3. Di samping penganjuran aktiviti ini hanyalah mengundang kepada penularan gejala maksiat yang semakin membarah pada masa yang sama seolah-olah tiada rasa keperihatinan terhadap bencana yang sedang menimpa di negara jiran baru-baru ini. Keizinan pihak tuan juga menggambarkan persetujuan berlakunya gejala keruntuhan akhlak anak tempatan di masa akan datang. Semoga kita dijauhkan daripada azab Allah diatas kesilapan yang dilakukan dengan sengaja.

Sehubungan itu harapan pihak kami memohon agar pihak Tuan tidak mengizinkan konsert berkenaan diteruskan demi untuk kesejahteraan umum.

Sekian, terimakasih.

" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "
" MEMPERSADA PERJUANGAN "


Yang menjalankan amanah,

UST JAMALUDDIN BIN JUSOH
KETUA,
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN


Lampiran

Badan – badan dan NGO’s yang turut sama membantah konsert sempena Karnival Gegaria Metro 2009

1. PAS kawasan Dungun
2. Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
3. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
4. Ikatan Siswazah Islam Malaysia cawangan Terengganu (ISMA)
5. Angkatan Belia Islam (ABIM) cawangan Terengganu
6. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
7. AJK Surau Tanah Lot
8. AJK Surau Padang Jambu
9. AJK Surau Ust Omar Shukri
10. AJK Surau Sungai Buaya
11. AJK Masjid Intan Zaharah
12. Persatuan Bekas Alumni Sek.Rendah Laki – Laki Lama
13. Persatuan Nelayan
14. AJK Surau Kubur Kampung Molek
posted by Abu Mus'ab @ 9:15 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::